Wednesday, December 9, 2009

Renungan

Kata seorg ustaz dalam satu majlis ilmu, sesiapa yg menjalankan ibadah korban pakai selipar dan kain pelikat, hukumnya tak sah. Mak ai..terkejut semua jemaah.Akupun tak pernah dengar gak...apa menda punya hukum nih.Maka terpinga-pinga le semua yg sedang ikuti kuliah tu.Lalu ustaz tu pun bagi tau, memang le tak bleh jalankan korban guna selipar tapi kena guna golok atau pisau...ha buat lawak lak ustaz nih..Tapi bagus gak le ada ilmu yg bleh share. Dalam hidup kat dunia nih, kalu kita miliki pakej yg di offer, Nabi menyatakan itulah syurga dunia. Amenda pakej tu? pakej tu adalah "memiliki isteri yg solehah, rumah yg luas serta kenderaan yg selesa"..kata ustaz tu, kalu semua pakej ni kita miliki, Nabi Muhammad saw menyatakan itulah syurga dunia. Kenapa Islam mementingkan ketiga-tiga benda nih..isteri yg solehah, akan menyejukkan rumah tangga, rumah yg luas gambaran keselesaan hidup dan kenderaan yg selesa dpt menjamin perjalanan untuk mengerjakan ibadah disamping kemudahan membawa seisi keluarga dlm keadaan yg terjamin dan selesa. Kepentingan mengerjakan solat berjemaah pada waktu subuh adlah seperti kita telah beribadah separuh malam, dan solat jemaah waktu Isyak juga umpama menyempurnakan separuh malam lagi. Secara matematiknya, kalau kita dpt berjemaah sekurang-kurangnya pd dua waktu solat itu, seolah-olah kita sudah menyempurnakan ibadah sehari semalam..cuba bayangkan kalu kita dpt berjemaah setiap waktu..masyaAllah tentu sahaja rahmat Allah akan sentiasa memayungi kita. Allah sangat sayangkan kita, dan semestinya memahami alasan kita yg sentiasa berkata sibuk dan tak sempat..Aku nak ingatkan diri aku dan korang semua, sekurang-kurangnya marilah kita berazam untuk sentiasa merebut peluang berjemaah.Begitu jugalah jika kita ingin mengetahui adakah ilmu yg kita perolehi itu berkat atau tidak..jika ilmu itu menjadikan kita lebih takutkan Allah, insyaAllah itulah ilmu yg berkat, tapi kalau ilmu itu semakin menjauhkan kita dengan Allah, tepuk dada tanyalah iman...sendiri mau ingat la!

No comments:

Post a Comment