Friday, July 31, 2009

Sponge Bob memang wujud

Sponge Bob muncul di Malaysia....

Kod Khinzir Dalam Makanan




Disini saya ingin sertakan kod khinzir yang terdapat dalam makanan, ubat gigi dan terutama sekali dalam jajan...untuk pengetahuan semua jenama makanan ringan yang dikenali dan digemari oleh semua lapisan masyarakat ini banyak menggunakan E kod walaupun di depannya terdapat logo halal Jakim
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210,E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471,E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.(Rujukan :http://yoyoyspa.blogspot.com/2009/07/kod-khinzir-dalam-makanan.html

Thursday, July 30, 2009

Renungan: Menderma Untuk Diri Sendiri

DARI Abu Dzar katanya:”Aku berkata kepada rasulullah s.a.w :”Pekerjaan manakah yang paling utama?”
Jawab Rasulullah s.a.w:”Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah.” Aku bertanya lagi:”Membebaskan sahaya manakah yang paling utama?” Jawab baginda:”yang paling dikasihi oleh tuannya dan yang termahal harganya.”
Aku bertanya pula:” Jika saya tidak melakukan itu semua?” Jawab baginda:”Membimbing pembuat sesuatu sedangkan orang itu tidak berkeahlian.”
Berkata Abu Dzar:”Ya Rasulullah s.a.w, terangkanlah kepada saya bagaimana jika saya tidak kuasa melakukan sesuatu pekerjaan? Jawab baginda:”Jangan membuat bencana terhadap orang lain, kerana hal itu sebagai dermamu kepada dirimu sendiri.” (Muslim)
Huraian
Semua orang mempunyai hak untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Jika semua hak-hak ini dihormati, maka dunia akan selamat dan seluruh penghuninya akan berbahagia, sekalipun tingkat kebahagiaan itu berbeza-beza.
Bagi insan yang beriman dan beramal soleh mereka akan sentiasa mencari-cari jalan yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T kerana dengan cara itu mereka akan merasa tenang dan bahagia.
Bahkan pembalasan syurga adalah idaman setiap manusia yang benar-benar menyedari akan hakikat kehidupan di dunia ini. Namun begitu tidak semua manusia berupaya melakukan pengorbanan apatah lagi jika ia memerlukan keikhlasan dari hati yang benar-benar suci dan murni tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Tetapi itulah yang paling bernilai di sisi Allah S.W.T. Oleh itu demi mengatasi kesulitan dalam menyempurnakan tanggungjawab selaku seorang muslim agar kehidupan terus menjadi aman dan bahagia, kita janganlah melakukan pekerjaan yang boleh mengganggu kesejahteraan orang lain dan perbanyakkanlah melakukan kebajikan kerana inilah yang sebenar-benarnya ajaran agama kita yang menyuruh supaya menghormati semua orang, tidak mengganggu setiap hak orang lain sama ada hak peribadi, hak bermasyarakat hinggalah sampai kepada hak bernegara.
Apabila semua ini dilaksanakan dengan sebaiknya bukan sahaja seseorang individu itu disenangi malah imej agama juga akan bersih daripada sebarang fitnah yang mencacatkan

Sekolah Tidak di Tutup sewenang-wenang

SHAH ALAM: Tindakan sama ada wajar atau tidak menutup sekolah bagi menyekat penyebaran jangkitan Influenza A(H1N1) di negara ini diambil berdasarkan kepada ulasan dan pandangan Jabatan Kesihatan Negeri, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
"Kerajaan tidak akan sewenangwenangnya membuat keputusan itu (tutup sekolah), sebaliknya akan bertindak berpandukan kepada pandangan ikhtisas jabatan kesihatan, dan mereka akan menentukan wajar atau tidak sekolah ditutup.
"Saya nak maklumkan perkara ini sebab ada ramai dalam kalangan ibu bapa yang berasa panik menanyakan mengapa kerajaan tidak tutup sekolah itu dan sekolah ini (hanya disebabkan oleh sebilangan kecil kes H1N1 yang dikesan)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Gamuda di sini semalam.
Beliau menasihatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), pengetua dan guru besar sekolah agar sentiasa mencari punca ketidakhadiran pelajar mereka dengan Jabatan Kesihatan negeri masingmasing, sekiranya ia melibatkan jumlah yang ramai.
"Misalnya, jika terdapat seramai 140 pelajar tidak hadir ke sekolah dalam tempoh sehari, maknanya pengarah JPN, pengetua dan guru besar sekolah harus semak puncanya dan ambil tindakan segera," katanya.
Wee berkata pihaknya juga menerima maklumat terbaru bahawa ada beberapa pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat, Johor disyaki menghidapi jangkitan H1N1 dan kini menunggu laporan daripada Kementerian Kesihatan. BERNAMA

Status Terkini H1N1

96
SMK Anderson, Ipoh
Perak



28 Julai - 40 pelajar asrama dikaurantin di 2 bilik asrama dan dipantau oleh pejabat kesihatan.

Tuesday, July 28, 2009

Secebis Renungan

Senjata makan tuan
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SAYA merenungi sebuah hadis yang selalu dibaca dan diketahui oleh kebanyakan kita iaitu sabda Nabi s.a.w: “Bandingan teman duduk berbual yang baik dan yang buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi.
Adapun pembawa kasturi, sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati bau harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebelum disalahfahami, perlu dijelaskan Nabi s.a.w bukan bermaksud menghina tukang besi, tetapi sebagai contoh kesan keburukan yang mengenai seseorang yang berada di samping orang tertentu. Apatah lagi bukan sepatutnya ketika tukang besi sedang melakukan kerjanya seseorang pergi berada di sampingnya.
Mesej yang hendak disampaikan oleh Nabi s.a.w adalah agar kita memilih teman berbincang, berbual, berpakat, bermesra atau berdampingan dalam kalangan mereka yang baik. Kesan kebaikan itu akan datang kepada diri kita.
Dalam hidup ini, betapa banyak ilmu pengetahuan, pengalaman yang baik untuk kehidupan dan hikmah diperolehi ketika kita bersembang, bergurau, makan sehidang dan bekerja dengan seseorang yang berilmu, baik dan jujur.
Justeru itu berusaha untuk berdamping dengan ilmuwan, orang yang baik dan jujur demi mengutip mutiara-mutiara hikmah dan manfaat ilmu serta akhlak adalah merupakan usaha yang tinggi nilainya di sisi Islam dan dihitung sebagai ibadah.
Orang yang baik itu bukan dilihat pada serbannya, atau jubahnya, atau bijian tasbih yang dibelinya, atau seumpamanya. Orang baik itu adalah insan yang mulia di sisi Allah.
Namun kemuliaan di sisi Allah tidak dapat untuk kita salami, cuma ada petanda dalam kehidupan. Seseorang yang jujur dengan agamanya, berdisiplin dengan prinsip-prinsip mulia dan menghayati akhlak yang baik dalam hidupnya dapatlah pada zahirnya dihitung sebagai orang baik atau soleh. Ini dapat kita rasai apabila kita berada di sampingnya.
Maka timbulnya perasaan untuk mendampingkan diri kepada Allah, bersemangat dalam perjuangan dan perancangan kebenaran, dan merasa janggal untuk menyalahi disiplin kebaikan merupakan antara kesan berada di samping mereka yang seperti ini.
Setiap kali bangun meninggalkan majlisnya, atau perbualan dengannya kita akan terasa penambahan kebaikan, atau ilmu pengetahuan berguna, atau teladan yang baik, atau pemikiran untuk kebaikan umat, atau pengalaman yang membawa kita mampu mengharungi hidup dengan cara yang lebih baik dan Allah redha.
Jika kita berjumpa dengan orang yang seperti itu, sama ada dia rakan kita, atau teman pejabat, atau orang bawahan kita, atau jiran tetangga atau suami, atau isteri maka tidak rugilah untuk kita berusaha berdampingan dengannya. Tidak rugi untuk lama kita berbual.
Tidak rugi untuk kita menemai perjalanannya, menjemputnya datang menjamah hidangan kita, menziarahinya dan apa sahaja yang membolehkan kita mendapat faedah daripada kelebihan yang dia miliki.
Sehingga kadang-kala tanpa kita sedari cara fikir, cara bertindak, sikap serta kematangan hidup kita dibentuk olehnya secara tidak langsung. Betapa ramai insan yang mengubah cara fikir dan sikapnya hanya kerana teman baiknya.
Sebab itulah dalam karya-karya hadis yang silam sering dimasukkan bab Mujalasah al-Salihin bermaksud bersampingan dengan orang soleh sebagai satu ibadah dan satu langkah penting dalam membentuk peribadi insan.
Ada pula yang berkata, “saya mana ada ustaz yang nak berkawan dengan saya”. Saya katakan, Nabi s.a.w menyebut al-jalis al-salih ‘teman berdamping yang baik’, ia begitu umum. Siapa sahaja yang membawa kebaikan apabila kita duduk berdampingan dengannya maka dia termasuk dalam hadis ini. Bukan semestinya yang diberikan gelaran ‘ustaz’ itu mesti menjadi teman yang baik.
Entah berapa ramai yang memakai gelaran itu tidak menjadi teman yang baik, sebaliknya betapa ramai yang tidak bergelar ustaz merupakan teman yang baik untuk dunia dan akhirat kita.
Maka carilah ditempat kerja kita, atau tempat tinggal kita, atau di mana sahaja orang yang baik untuk kita berada bersama ketika waktu rehat, waktu makan dan waktu bergembira. Saya lihat ramai rakan yang mempelajari solat musafir, menyapu stokin atau kasut, solat dalam kenderaan dan berbagai ilmu hanya kerana menyertai perjalanan bersama mereka yang berpengetahuan lalu memahami agama dan keluasannya yang mungkin tidak dibiasakan atau dihayati jika dia tidak bermusafir dengan mereka.
Demikian sebaliknya. Jika teman berbual atau musafir atau bersahabat atau berpakat merupakan orang yang buruk akhlak, buruk bahasanya, buruk perangainya maka dia akan mempengaruhi seseorang. Melainkan jika dia sentiasa menasihatinya dan berusaha mengubahnya.
Namun, dalam banyak keadaan jika teman itu selalu menguasai suasana dan kita membiarkannya, kita akan berkongsi dosa, atau berkongsi nama buruk, lebih buruk lagi akan terkesan dengan akhlak yang buruk. Ada insan memang dahsyat mulutnya, pantang kita berbual dengannya ada sahaja orang yang dimaki hamunnya, dicerca dan dihina, bahkan kadang-kala dia mencarut-marut terhadap orang lain.
Jika hal itu berlaku sekali-sekala, mungkinlah boleh dianggap sebagai terlanjur dan kesilapan lantas kita sering ingat mengingati. Namun jika itu menjadi kebiasaan, maka dia adalah teman yang buruk untuk kita bersamanya. Jika kita terus bersamanya, dosa pasti dikongsi, akhlak juga akan berubah.
Saya masih ingat ada seorang pemuda yang berbudi bahasa, namun apabila dia terpengaruh dengan rakan-rakan politiknya, budi bahasanya hilang dan maki-hamun menjadi ringan di lidahnya. Saya kata kepadanya, sesungguhnya pertunjukan artis yang saudara dan kumpulan saudara sering bantah itu, tidak lebih buruk daripada rakan dan ceramah maki-hamun yang saudara sering hadir sehingga mungubah diri saudara. Saya tidak menolak perbezaan aliran politik dan keluasaan untuk mengkritik dasar-dasar politik, juga disiplin ahli politik, namun maki-hamun dan carut-marut tidak pernah ditunjukkan oleh Islam.
Dia berkata kepada saya, Saiyyidina Umar pun tegas. Saya kata kepadanya, tegas bukan bererti maki dan carut. Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik r.a. katanya:: "Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain".
Kemudian, kita hendaklah sedar bahawa teman yang kita sering duduk dengannya ketika dia memaki hamun orang lain, tidak mustahil besok dia akan duduk dengan orang lain pula untuk memaki hamun kita. Jikalah setiap orang yang dia tidak bersetuju dimaki hamunnya, apalah mustahilnya apabila dia tidak bersetuju dengan kita, dia akan memaki hamun kita pula. Tiada nilai takwa, tiada nilai bimbangkan hari Akhirat.
Saya lihat ramai orang politik yang kawan-kawannya yang dulu ‘sakan’ memaki musuh politik mereka, hari ini apabila berpaling tadah memaki mereka pula. Itulah bahaya berkawan dengan orang jahat. Hal ini berlaku bukan sedikit dalam UMNO juga dalam PAS baru-baru ini pun sama.
Apabila berlaku persaingan jawatan, tuduh-menuduh, kutuk mengutuk dan cerca mencerca dihalakan kepada rakan sendiri sama seperti mereka maki dan kutuk musuh politik mereka yang lain. Mungkin di peringkat tertinggi setiap parti tidak berlaku, tetapi ‘anak buah’, ‘penyokong setia’ dan ‘jentera melobi’ yang sudah lama terdidik, atau mendapat tarbiyyah tidak rasmi memaki orang, dengan petah dan lancarnya memaki sahabat dan rakan separti sendiri. Saya ditunjukkan laman web parti-parti berkenaan yang anak-anak buah mereka memaki hamun pemimpin sendiri. Itulah training yang mereka dapat selama ini.
Ada pemimpin mereka yang mengeluh kerana dituduh oleh ahli parti sendiri. Dalam isu kerajaan perpaduan, ada yang dituduh ‘gila kuasa’, ‘gila nak jadi menteri’, ‘nyanyuk’ ‘nak mampus’ dan berbagai lagi yang jika dibaca di forum-forum internet mereka tidak tergamak hendak disebutkan.
Apa hendak dikatakan? Sudah sekian itu berjalan dalam dunia politik kita. Ya, tidak menjadi masalah berbeza pendapat, bertegas, membantah kesalahan tetapi mengapa mesti memaki orang. Belajarlah untuk hidup sebagai pengkritik yang bernas, bukan pemaki yang tiada nas.
Didik anak buah dan rakan kita untuk tidak memaki dan menggunakan bahasa yang hodoh dan keji terhadap orang lain, tetapi mengkritik secara membina dan berwibawa.
Ada yang bersungut panjang apabila dia dimaki hamun oleh ahli partinya dalam ucapan, internet dan sms. Saya katakan, itulah senjata selama ini yang anda gunakan, atau biar digunakan oleh pengikut untuk menikam orang lain, maka akan sampai masanya ‘senjata makan tuan’.

Konspirasi...

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.(Sheikh Ha**d)The Brotherhood of IslamBuletin of BahrainDialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Tuesday, July 21, 2009

Baru-baru ni aku di serang sakit kepala yang agak "keterlaluan" hinggakan bisa menitiskan air mata aku menahan kesakitannya...Lanjutan kesakitan yang tak tertanggung tu, aku segera mengunjungi hospital utk mendapatkan rawatan. Mulanya simptom nya semacam denggi, tapi setelah pemeriksaan darah - negatif. Para specialist suggest suapaya aku di warded, so suka tak suka menginap le aku kat hospital.....punya le tension. Lengan aku lunyai kena inject... sakit lak tu. Macam-macam hal