Saturday, February 27, 2010

Kes Penderaan Lagi....

Hati aku begitu tersayat tatkala mendengar berita kematian adik Syafiyah...anak yang tak berdosa mati akibat didera.Aku hanya mampu berdoa untuknya dan mengucap panjang bila mengenangkan nasib penderitaannya. Mengapa perkara ini terjadi lagi.Aku yakin kita semua masih ingat lagi kisah anak kecil yang didera oleh teman lelaki si ibu -lelaki Sudan...kesnya masih belum selesai lagi tup-tup keluar pulak cerita penderaan lagi..versi yang sama didera oleh teman lelaki si ibu- bezanya kali ini si jantan keparat tu Melayu!Entah le apa nak jadi dunia ni..Jauh di sudut hati aku sangat tersentuh bila mendengar kisah anak ini mengalami penderitaan yang maha dahsyat. Entah setan mana yang merasuk sehingga sanggup anak ini dipijat dan ditendang! Biadap sungguh si pelaku ini. Aku tak mahu menyamakan nya dengan binatang, kerana bagi aku binatang lebih mulia dari si pelaku! Mungkin darjatnya juga lebih hina dari najis...
Aku sangat marah sehinggakan kalu diberi peluang mau saja aku melakukannya kepada si pelaku cam mana dia buat kat Syafiyah.....Haram jadah punya manusia (sebenarnya tak layakpun dipanggil manusia..)Mengapakah kejadian seperti ini berlaku kini? Apakah itu tandanya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kita semua sudah mula hilang? atau adakah itu petanda bala yang besar bakal menimpa!Bila kita jauh dari agama, maka tak hairan le semua itu akan berlaku. Tapi dimana silapnya....Kita semua terlalu alpa disogok dengan keduniaan...hiburan, hiburan, hiburan dan hiburan yg bertali arus, program-program keagamaan dikesampingkan. Salah siapa? Aku tak de jawapannya.
Maka itu, tak hairan le, kalu selepas ini kita akan dikejutkan lagi dengan cerita penderaan ini. Mungkin cara mpenderaannya lebih hebat lagi... Mintak dijauhkan le!
Aku yakin mungkin ketika ini masih ada anak-anak yg tidak berdosa ini menjadi mangsa dera. Cuma belum terdedah dan menjadi bahan berita. Aku nak menyeru pada semua, biarlah kita menjadi lebih prihatin dan sensitif dgn masyarakat keliling. Tak salah kalau kita mengambil endah bila lihat anak-anak yang menangis atau dlam ketakutan..dekatilah mereka dan bertanyalah.Kalau nampak anak-anak dipukul,bertindaklah menghalang atau laporkan kpd pihak berwajib. Kita mesti berganding bahu bagi membendung kejadian ini daripada berulang!Paling tidakpun kita panjatkan doa, buat semua anak-anak yang sedang menderita ini dapat perlindungan Allah hendaknya.
Berbalik kpd cerita adik Syafiyah, aku nak cadangkan supaya ibunya yang bersekedudukan tu di hukum sebat. Jangan bagi peluang. Dia memang patut dihukum- kalaupun tidak menyebabkan kematian anaknya, tapi sikap dan tingkahnya yang bersekedudukan.Akibatnya skg ni dia hamil....Masya Allah.Bagi teman lelakinya tu, elok le di rejam sahaja!Aku harap pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam mestilah bertindak tegas dan dakwa si pesalah!Jangan le bertangguh lagi dalam melaksanakan hukum Allah...mungkinkah ada lagi NGOk..yang akan bersuara membela si pesalah!
Al Fatihah buat Adik Syafiyah Humairah.

Friday, February 26, 2010

Renungan : "Siapa Lebih Kuat...."

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :

”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Thursday, February 25, 2010

Mengenang Rasulullah SAW

Marilah kita sesama menghayati lagu nasyid nih..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Sekali lagi kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, Junjungan besar dan agung. Nabi terakhir yang telah menukarkan dunia ini dari zaman kegelapan kepada cahaya yang memberi rahmat keseluruh alam.

Kita sebagai ummah yang terbaik tidak sepatutnya hanya menyambut hari kelahiran baginda setakat itu sahaja tanpa menghayati kehidupan Rasulullah yang menjadi insan contoh yang terbaik.

Rasulullah SAW adalah role model yang perlu dicontohi dan jika menjadikan insan lain bukan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai role model maka ia tidak memenuhi pra syarat untuk mencakupi peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Ummah yang mutakhir ini menerima penghinaan seperti yang berlaku di Afghanistan dan baru-baru ini penaklukan kuasa unipolar dan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Iraq menunjukkan bahawa tanpa berpegang teguh kepada Tali Allah (Agama) dan ajaran serta panduan Rasulullah bumi umat Islam tidak akan selamat.

Mereka berpegang kepada tali yang lain dari tali Allah dan menjadikan ideologi asing ciptaan manusia sebagai pegangan perjuangan menyebabkan ummat Islam begitu mudah dikalahkan.

Rasulullah SAW tidak dijadikan sebagai pimpinan contoh yang perlu diikuti tetapi mengambil contoh role model yang lain dari Rasulullah menyebabkan umat Islam menerima musibah penghinaan yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.

Rasulullah membawa kemajuan, perpaduan dan pembangunan peradaban yang tinggi.

Peninggalan usaha baginda menjadikan Islam mentadbir 2/3 daripada muka bumi. Seandainya umat Islam terus menunjukkan kesungguhan yang sama tidak mustahil Islam akan diterima secara sukarela oleh segenap lapisan masyarakat di serata dunia.

Kalau ummah berpegang kepada ajaran Rasulullah tidak mungkin mereka akan berpecah dan tidak mungkin juga ada negara umat Islam yang boleh menjadi alat kuasa AS dan konco-konconya dengan menjadikan bumi mereka pengkalan untuk AS dan sekutunya melancarkan penaklukan.

Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita kembali ke pangkal jalan beristiqamah dengan tuntutan Islam dan tidak memilih jalan-jalan yang lain dari agama suci ini.

Saya menyeru kepada seluruh ummah kembali menjadikan Rasulullah sebagai sumber rujukan dalam perjuangan. Kepada ahli-ahli dan penyokong harakah Islamiyah saya mengajak supaya memantapkan iltizam meneruskan perjuangan di zaman penuh cabaran ini bagi merealisasikan matlamat perjuangan kita bersama.

Kita sewajarnya mencontohi perjuangan junjungan besar dan ummah menjadikan kita sebagai contoh warisan kepada kesinambungan perjuangan.

Wednesday, February 24, 2010

Cinta Lombok...

"Nasi lemak buah bidara, daun selasih saya lurutkan, Buang emak, buang saudara, kerana kasih saya turutkan..." tu dia punya mendalam maksud pantun warisan tuh..Tu dia aih..sanggup buang emak ngan saudara pasal cinta kasih sayang jer..Minggu nih semua paper asyik cite pasal kisah pompuan Malaysia yang "dilarikan" atau dlm bahasa lain "lari ikut jantan" ke Lombok.Tetiba je nama tempat LOMBOK nih jadi popular. Yang aku tau tempat nih bukannya le destinasi pelancongan atau percutian yang best atau tersenarai sbg tempat pelancongan popular tapi sekarang nama nya jadi sebutan. Mana taknya, popular pasal jadi tempat bebudak pompuan Malaysia "diperisterikan".entah le akupun tak faham ngan karenah bebudak zaman sekarang nih. Macam le kat sini dah tak de jantan-jantan macho yang bleh dijadikan laki.Bagi aku ini mungkin gak tamparan pada bebudak jantan Malaysia yang saham diorang mungkin dah merudum!
Bila ditanya bebudak pompuan yang "diselamatkan" itu,masing-masing menjawab menyesal dan rasa bersalah lari dari keluarga! Aik..tau lak. Yang ari tu korang bukan main menggatal ikut gi Lombok tu buat hapa! Ada gak yang mendakwa kononnya di"guna-gunakan".Sehingga kan tak leh berfikir ngan rasional. Power betul ayat mamat Indon tu kalu bleh wat cam tu.Ilmu hitam ni memang le keja setan,jadi si pengamalnya pun lebih kurang ngan setan gak....
Terbaru cite pasal artis pelakon remaja yang tak popular pun..tapi jadi popular pasal kes Lombok.Paling menyedihkan dalam usia 15 tahun, dia dah hamil.Aduhai dunia...apa lagi yang nak dikata perkara dah terjadi.Harap-harap "pernikahan" mereka tu sah le hendaknya.Nasib baik gak le mamat Indon tu jadikan isteri, kalau dijualnya lagi naya!Aku harap ada usaha untuk bawak mamat Indon tu pulak sebabnya dia suami dan bakal bapak bayi yg dikandung tu.
Aku pun tak tau kenapa aku sibuk nak cite pasal nih..Agaknya mungkin kes melarikan diri ke Lombok ni akan jadi fenomena baru remaja Malaysia.Sebagai peringatan, kepada remaja semua, berfikir dengan waras sebelum bertindak. Jangan le asyik memikirkan keseronokan yang sementara tetapi akibatnya amat buruk dan malang sekali.
Kepada para ibu bapa (termasuk aku..)berwaspadalah selalu dengan tingkah laku anak-anak kita. Paling utama dekati mereka, fahami masalah mereka dan sayangilah anak-anak anda! Jangan sesekali kita mengabaikan kebajikan mereka dan sentiasalah mengawasi siapa rakan-rakan mereka. Marilah kita semua berdoa memohon pada Allah semoga perkara ini tidak berlaku kepada keluarga kita khasnya dan kepada anak-anak saudara-saudara se Islam kita yang lainnya.

Sunday, February 21, 2010

Kes Sebat ...

Aku terpanggil untuk kongsi pandangan dengan korang semua .Baru-baru ni kecoh sekali lagi pasal kes sebat. Apa lagi tentu le pasal si Kartika yang akan disebat kerana kesalahannya tu.Yang menjadi persoalan di sini ialah, tuan punya badan tak kisahpun, tapi yang dok menyibuk yang tak kena sebat...aik pelik tu! Bukan setakat pelik tapi dah masuk bab "kurang ajar" sebab dah berani pertikai hukum Tuhan secara terang-terangan.Aku sedih gak bila ada kalangan orang Islam sendiri yang bersuara menyatakan hukuman tu kejam...MasyaAllah..hukum Allah depa kata kejam.Yang paling terkilan lagi ialah orang yang beriya-iya menentang dan mempertikaikan pelaksanaan hukuman ni adalah di kalangan mereka yang berpengaruh..pulak tu dia orang nipun agama Islam gak! Orang Islam sendiripun dah tak yakin dengan hukum Islam, apa nak jadi dunia ni? Maka itu timbul lak cadangan agar hukuman sebat ni perlu diberi penerangan kepada masyarakat umum kononnya supaya lebih faham.Soalannya kenapa bila nak laksana hukum sebat mengikut kaedah Islam perlu dibuat penerangan ? Bukankah lawak bunyinya....Selama hari ni hukuman sebat yang dijalankan tak de sesiapapun ambil tahu..Hatta tak de yang menentangpun. Kalau nak dibandingkan hukuman sebat sivil ni jauh lebih kejam! Kenapa tak de pihak minta supaya diadakan penerangan pelaksanaannya.Kenapa bila nak laksanakan hukum Islam mesti buat kajian le..tah hapa-hapa lagi. Kononnya untuk menjaga sensitiviti semua pihak...Bukankah kita ni negara Islam (seperti yang selalu dicanangkan),lagipun yang nak kena sebat tu pun orang Islam..malah si pesalah tu sendiripun dah rela..Jadi apa masalahnya?

Akibat dari ceteknya kefahaman tentang Islam, tu le jadinya. Orang kafir pun pening nengok gelagat kita agaknya. Diaorang tentu pelik kenapa hukum Islam ditentang oleh orang Islam sendiri!Pertubuhan NGO yang tak tau dan tak faham tentang Islam tak usah sibuk...korang tak layakpun nak masuk campur. Sesuai ngan nama pertubuhan korang NGOk....bongok!Kalau berterusan kita derhaka pada tuntutan Allah,tak mustahil satu hari nanti bala akan menimpa.Ingat le, Allah masih sayangkan kita biarpun kita selalu melupai Nya....Pada golongan penentang dan yang ada rasa tak puas hati dengan hukum Allah ni, aku nak doakan moga pintu hati korang terbuka untuk terima hidayah.
Secara peribadi, aku sokong seratus peratus hukuman sebat ke atas Kartika ni di teruskan. Lagi baik kalu buat siaran langsung tayang kat TV...macam rancangan realiti baru gempak. Hari-hari kita disogok dengan hiburan je apa salahnya sekali sekala diberi peringatan pulak...sekurang-kurangnya insaf juga bila nengok orang kena balun sebelum kita di balun kat lubang kubur nanti!..Apa-apapun aku nak doakan semoga orang yang nak kena sebat ni dan orang-orang yang bakal di sebat gak nanti moga tabah dan berserah le pada Allah.Sesungguhnya kalau korang dah mendapat hukuman di dunia ini,(dengan hukum Islam-hudud), insyaAllah kat sana nanti korang tak akan di hukum lagi (bagi dosa dan kesalahan berkenaan). Wallahua'lam

Thursday, February 18, 2010

Hikmah Allah mengharamkan daging babi

MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.

Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.

Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.
Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."

Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."
Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya.
Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.
Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit.
Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis?

Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan Nya..

Tuesday, February 16, 2010

Keajaiban Alam : Sungai Dalam Laut

Keajaiban ini telah ditemui oleh Mr Jacques Yves Costeau, seorg oceanografer dan ahli selam profesional Perancis untuk channel Discovery.Lokasinya di Cenote Angelita,Mexico.

"dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan);yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.." (Surah al Furqan :53)


Renungan: Solat dan 5 Jenis Manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.


Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Tuesday, February 9, 2010

Perjalanan Terakhir Adik Illiya...

Petang Ahad lalu, aku terima panggilan daripada seorang sahabat menyampaikan berita dukacita tentang kematian Illiya-anak salah seorang sahabat kami.Pinta sahabat itu agar aku dapat memanjangkan berita duka itu kpd rakan-rakan yang lain.Kebetulan seorang sahabat yang lain menghubungi aku untuk menziarahi sahabat yang kematian anak ini. Mengimbau kembali tentang anak ini, Illiya- aku serta rakan-rakan reunion yg lalu pernah menziarahi dan berbual dengannya.Aku juga pernah menulis tentangnya di dalam blog ini. Saat kami menatap wajah lesunya, hati sangat tersentuh. Apa lagi daya untuk menolongnya. Suaranya yang lemah menjawab setiap soalan kami, masih terngiang di telinga. Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Maka itu, tatkala mendapat berita tentang pemergiannya, hati aku juga terasa sayu.Malam itu, ketika menziarahi arwah, suasananya begitu hening dan hiba. Melihat tubuhnya yang kaku dan lesu.Namun mungkin juga inilah jalan terbaik buatnya daripada terus-terusan menderita menghidapi kanser tulang! Melihatkan keadaan lututnya yang semakin membengkak,dapatlah dirasakan betapa seksanya arwah menanggung kesakitannya! Allah sesungguh hanya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha pengampun.
Cuma sekadar menjadi cerita sesalan, menurut sahabat aku ini, setelah sekian lama memohon peruntukan bantuan untuk pembedahan, baru kini kira-kira 2 minggu yg lalu,bantuan tersebut diluluskan - sayangnya Illiya sudah tiada lagi! Baru sahaja kedua pasangan ibu bapa dan arwah sendiri bergembira mengetahui pembedahan itu akan dilakukan, tetapi Illiya pergi terlebih dahulu! Sesungguh nya Allah menguji hambanya kerana ingin meningkat darjat hambanya itu! Doa aku moga roh arwah akan dicucuri rahmat. Kepada kedua ibu bapanya, Fauzi dan Zarinah -kedua-duanya juga sahabat percayalah sesungguhnya kesetiaan dan kesungguhan kalian melayan Illiya semasa hayatnya pasti akan mendapat balasan setimpal di syurga nanti- Insya ALLah.
Jauh disudut hati, kesedihan kalian, kesedihan kami jua.Moga terustabah menghadapi dugaan Allah ini hendaknya....Al fatihah.