Saturday, February 27, 2010

Kes Penderaan Lagi....

Hati aku begitu tersayat tatkala mendengar berita kematian adik Syafiyah...anak yang tak berdosa mati akibat didera.Aku hanya mampu berdoa untuknya dan mengucap panjang bila mengenangkan nasib penderitaannya. Mengapa perkara ini terjadi lagi.Aku yakin kita semua masih ingat lagi kisah anak kecil yang didera oleh teman lelaki si ibu -lelaki Sudan...kesnya masih belum selesai lagi tup-tup keluar pulak cerita penderaan lagi..versi yang sama didera oleh teman lelaki si ibu- bezanya kali ini si jantan keparat tu Melayu!Entah le apa nak jadi dunia ni..Jauh di sudut hati aku sangat tersentuh bila mendengar kisah anak ini mengalami penderitaan yang maha dahsyat. Entah setan mana yang merasuk sehingga sanggup anak ini dipijat dan ditendang! Biadap sungguh si pelaku ini. Aku tak mahu menyamakan nya dengan binatang, kerana bagi aku binatang lebih mulia dari si pelaku! Mungkin darjatnya juga lebih hina dari najis...
Aku sangat marah sehinggakan kalu diberi peluang mau saja aku melakukannya kepada si pelaku cam mana dia buat kat Syafiyah.....Haram jadah punya manusia (sebenarnya tak layakpun dipanggil manusia..)Mengapakah kejadian seperti ini berlaku kini? Apakah itu tandanya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kita semua sudah mula hilang? atau adakah itu petanda bala yang besar bakal menimpa!Bila kita jauh dari agama, maka tak hairan le semua itu akan berlaku. Tapi dimana silapnya....Kita semua terlalu alpa disogok dengan keduniaan...hiburan, hiburan, hiburan dan hiburan yg bertali arus, program-program keagamaan dikesampingkan. Salah siapa? Aku tak de jawapannya.
Maka itu, tak hairan le, kalu selepas ini kita akan dikejutkan lagi dengan cerita penderaan ini. Mungkin cara mpenderaannya lebih hebat lagi... Mintak dijauhkan le!
Aku yakin mungkin ketika ini masih ada anak-anak yg tidak berdosa ini menjadi mangsa dera. Cuma belum terdedah dan menjadi bahan berita. Aku nak menyeru pada semua, biarlah kita menjadi lebih prihatin dan sensitif dgn masyarakat keliling. Tak salah kalau kita mengambil endah bila lihat anak-anak yang menangis atau dlam ketakutan..dekatilah mereka dan bertanyalah.Kalau nampak anak-anak dipukul,bertindaklah menghalang atau laporkan kpd pihak berwajib. Kita mesti berganding bahu bagi membendung kejadian ini daripada berulang!Paling tidakpun kita panjatkan doa, buat semua anak-anak yang sedang menderita ini dapat perlindungan Allah hendaknya.
Berbalik kpd cerita adik Syafiyah, aku nak cadangkan supaya ibunya yang bersekedudukan tu di hukum sebat. Jangan bagi peluang. Dia memang patut dihukum- kalaupun tidak menyebabkan kematian anaknya, tapi sikap dan tingkahnya yang bersekedudukan.Akibatnya skg ni dia hamil....Masya Allah.Bagi teman lelakinya tu, elok le di rejam sahaja!Aku harap pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam mestilah bertindak tegas dan dakwa si pesalah!Jangan le bertangguh lagi dalam melaksanakan hukum Allah...mungkinkah ada lagi NGOk..yang akan bersuara membela si pesalah!
Al Fatihah buat Adik Syafiyah Humairah.

3 comments:

  1. Manusia semakin rakus.Adakah ini merupakan tanda kegagalan kita mendidik?

    ReplyDelete
  2. bila iman dan taqwa tidak sebati didalam diri.. inilah jadinya.... ibu dan teman lelaki patut mendapat hukuman setimpalnya... bertahun2 hidup bersama tanpa ikatan.. apa nak jadi..

    ReplyDelete
  3. Aku tertarik dengan tajuk yang Man utarakan ni. Bukan penderaan tetapi lebih tepat kita katakan pembunuhan.Bila aku baca tajuknya hati begitu sayu kanak-kanak seusia anak ku mati akibat dipukul dan ditendang oleh seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan.Namun begitu apabila aku membaca baris demi baris kronologi kisah penderaan itu hati bertukar menjadi marah dan marah dan teramat marah.Paling aku benci apabila melihat gambar si ibu yang menangis di sisi jenazah anak kecil ini. Untuk apa? Untuk apa segala tangisan segala raungan yang ditunjukkan? Untuk apa? Mampukah air mata ibu ini boleh menghidupkan kembali anak yang kaku itu? Kadang-kadang aku sendiri hairan dengan manusia yang tidak tahu menyayangi amanah yang dikurniakan ALLAH untuk mereka.Pada aku si pembunuh itu patut diletakkan di padang tempat si kecil itu disepak, diterajang, dipijak kepala dan seterusnya dia juga diperlakukan begitu sama seperti apa yang di lakukan pada Syafiyah Humairah........Kegagalan untuk menjadikan mereka manusia bukan hanya terletak di bahu kita sebagai pendidik tetapi apa yang mereka lakukan adalah atas kehendak hati mereka sendiri....INSYAALLAH anak comel bernama Syafika Humairah ini sudah ada tempatnya di syurga sana ......Al Fatihah
    Nukilan Rasa.....SKDWK CHANGLUN

    ReplyDelete