Tuesday, February 9, 2010

Perjalanan Terakhir Adik Illiya...

Petang Ahad lalu, aku terima panggilan daripada seorang sahabat menyampaikan berita dukacita tentang kematian Illiya-anak salah seorang sahabat kami.Pinta sahabat itu agar aku dapat memanjangkan berita duka itu kpd rakan-rakan yang lain.Kebetulan seorang sahabat yang lain menghubungi aku untuk menziarahi sahabat yang kematian anak ini. Mengimbau kembali tentang anak ini, Illiya- aku serta rakan-rakan reunion yg lalu pernah menziarahi dan berbual dengannya.Aku juga pernah menulis tentangnya di dalam blog ini. Saat kami menatap wajah lesunya, hati sangat tersentuh. Apa lagi daya untuk menolongnya. Suaranya yang lemah menjawab setiap soalan kami, masih terngiang di telinga. Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Maka itu, tatkala mendapat berita tentang pemergiannya, hati aku juga terasa sayu.Malam itu, ketika menziarahi arwah, suasananya begitu hening dan hiba. Melihat tubuhnya yang kaku dan lesu.Namun mungkin juga inilah jalan terbaik buatnya daripada terus-terusan menderita menghidapi kanser tulang! Melihatkan keadaan lututnya yang semakin membengkak,dapatlah dirasakan betapa seksanya arwah menanggung kesakitannya! Allah sesungguh hanya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha pengampun.
Cuma sekadar menjadi cerita sesalan, menurut sahabat aku ini, setelah sekian lama memohon peruntukan bantuan untuk pembedahan, baru kini kira-kira 2 minggu yg lalu,bantuan tersebut diluluskan - sayangnya Illiya sudah tiada lagi! Baru sahaja kedua pasangan ibu bapa dan arwah sendiri bergembira mengetahui pembedahan itu akan dilakukan, tetapi Illiya pergi terlebih dahulu! Sesungguh nya Allah menguji hambanya kerana ingin meningkat darjat hambanya itu! Doa aku moga roh arwah akan dicucuri rahmat. Kepada kedua ibu bapanya, Fauzi dan Zarinah -kedua-duanya juga sahabat percayalah sesungguhnya kesetiaan dan kesungguhan kalian melayan Illiya semasa hayatnya pasti akan mendapat balasan setimpal di syurga nanti- Insya ALLah.
Jauh disudut hati, kesedihan kalian, kesedihan kami jua.Moga terustabah menghadapi dugaan Allah ini hendaknya....Al fatihah.

2 comments:

  1. Haidatul Azila IPSI 9193February 10, 2010 at 1:26 AM

    Saya baru terbaca berita tentang adik Ilya di blog IPSI...w/pun saya tidak mengenali beliau tapi saya turut bersedih tatkala mendengar berita ini...andai ku tahu kapan tiba ajalku...kerna saya juga pengidap kanser. Sentiasa saya terbayangkan anak2. Boleh saya saya tahu berapa usianya dan telah brp tahun arwah menghidap kanser? Kenapa perlu bantuan untuk pembedahan bukankah kita kakitangan kerajaan?

    ReplyDelete
  2. Zaid Nordin ( Kelas B )February 11, 2010 at 3:15 PM

    Sariman, terima kasih kerana kau lah banyak memberi maklumat dan cerita tentang kawan-kawan IPSI 90-92. Aku Zaid Nordin dari Kelas B. Kita pernah sama-sama mengajar di Ampang. Kepada Fauzi dan Zarina, aku tumpang sedih dan simpati. Aku juga mempunyai anak OKU yang tidak boleh berjalan sampai bila-bila. Hanya menggunakan kerusi roda.

    ReplyDelete