Monday, December 28, 2009

Kemalangan Bas Ekspres Berlaku Lagi...

Baru-baru nih kita di kejutkan dengan berita tragis tentang kemalangan jalanraya membabitkan bas ekspress. paling sedih, melibatkan kehilangan nyawa. dah lama kita tak dengar pasal eksiden nih, so semuanya senyap je. tapi bila berlaku habis semua pihak bercakap balik pasal penguatkuasaan, pasal lesen le, pasal pemandu terlatih dan macam-macam lagi..paling terbaru dalam berita tadi pasal biologi lak..kononnya kerja waktu malam tu menentang amalan biologi. Patutnya malam waktu tido...tak sesuai wat keja memandu! Kononnya tu pasal le driver tu bleh ngatuk dan terlelap. Pasal terlelap dan ngantuk nih aku rasa bila-bilapun bleh berlaku. Entah le aku tak tau nak komen amenda. Hal-hal cam ni seolah-olah cam bermusim. Bila masa eksiden, hari-hari paper cite pasal eksiden.Masa kes ragut, hari-hari cite ragut, masa kisah budak ilang ari-ari cite budak ilang...pening aku mikirkannya...berbalik cite eksiden tadi, seingat aku masa tengah kepoh hal bas ekspress terlibat eksiden, macam-macam penguatkuasaan dibuat. Antaranya syarat memasang kotak hitam. Korang ingat lagi tak? Hari ni mana gi kotak hitam tu? Mungkin le org tak nampak atau jumpa sebab hitam kot...Pas tu syarat musim perayaan ada sorang penguatkuasa akan ikut tumpang sama..dan lagi pemandu tak leh drive lebih beberapa jam yg ditetapkan, syarikat bas mesti sediakan 2 org pemandu...dan macam-macam lagi le. Tapi hari nih mana pegi semua tu? Sekarang byk pihak nak cadang itu dan ini macam perkara ni tak pernah berlaku. Haru betui..Aku tak nak menyalahkan sesiapa termasuk driver tu. Mungkin kali ini nasib dia tak baik...nape selama hari ni dia bwk bas semua okay.Harus diingat pemandupun manusia biasa gak.....Tak dinafikan memang ada pemandu yg kurang adab sikit..maksud aku yg memandu macam jalan tu diorang punya. Yang malangnya tentu le penumpang...Nasib penumpang tak pernah dibela. Tambang bas dah naik tapi servis yg diterima tak setimpalpun...Bila berlaku kemalangan melibatkan kematian baru le semua pihak menunding jari menyalahkan yang itu dan yg ini. Paling lawak ada suara dari parlimen kata bas 2 tingkat kononnya tak sesuai kat negara nih pasal kestabilannya dan tah hapa-hapa lagi...Lawaknya! nape skg baru tak sesuai. Aku nak nyatakan simpati dan takziah pada semua keluarga yg terlibat. Jauh disudut hati, peristiwa nih sgt menyayat hati. Harapan aku, moga di tahun baru nih akan ada perubahan dan penguatkuasaan yg drastik dlm menangani isu ini. Jangan hangat-hangat taik ayam je....atau hangat-hangat taik idung jer. Pihak-pihak yg berwajib jgn hanya buat press conference je, mesti bertindak. Moga-moga kejadian seperti ini tak berlaku lagi di tahun 2010.

Saturday, December 26, 2009

MAKANAN 50% HALAL...



Ha tu dia...makanan 50% halal. Cam ne tu? Kalu cam tu kena makan separuh je kot...Perkara halal haram dah jadi mainan. So, tu pasal le macam-macam bala menimpa.Kitapun better watch out, mana le tau kat negara ni pun boleh ada produk cam tu.. tak mustahil kalu umat Islam sendiri tak mau support produk Islam...Sendri mau ingat le!

Friday, December 25, 2009

KELAB REUNION...

Rentetan Reunion yg lalu...kehangatannya masih terasa. Seperkara yg boleh dijadikan ikhtibar daripada pertemuan ini adalah tentang untung nasib setiap dari kita. Begitulah suratan yg telah tertulis.Biarpun kita melonjak girang, namun ada juga sahabat-sahabat kita yg bergelut dgn pelbagai masalah, terutamanya berkaitan kesihatan. Pun begitu, masih meluangkan kesempatan untuk bersua dan beramah mesra dgn kekwn..Hebat sungguh sahabat-sahabatku ini. Dalam tawa gembira rupa-rupanya ada di kalangan kalian yg isterinya menghidapi kanser payu dara. Ada juga yg suaminyan telah pergi menemui Illahi...ada yang anaknya menghidapi kanser, masalah jantung...dan macam-macam lagi,tu belum cite pasal kesihatan sendiri lagi. Aku caya mesti ramai yg ada darah tinggi, kencing manis, batu karang, dll...itu cuma sebahagian yg aku ketahui...Entah apa lagi masalah yg kalian hadapi tapi tidak sedikitpun tampak di raut wajah kalian. Mungkin kalian mahu menghiburkan sahabat-sahabat yang datang untuk reunion ini. Itulah sikap yang sangat aku kagumi. Kalianlah wira-wira di dalam hati aku kerana begitu tabah mengharungi dugaan dan cabaran yg mendatang.Memandangkan suasana dan pelbagai cerita suka duka ini, maka aku kira molek sangatlah agar reunion ini kita jadikan acara tahunan. Lebih baik jika kita berjaya menubuhkan kelab anak-anak ibu kandung. Sekurang-kurangnya kita masih terus dapat berhubungan dan mengambil endah tentang nasib rakan-rakan. Justru, cadangan untuk menubuhkan Koperasi itu sangatlah patut disokong. Komitmen sahabat-sahabat semua dlm menjayakannya sgt dialu-alukan.Dengan harapan, melalui kelab atau koperasi ini insya Allah, nasib rakan-rakan dan anak-anak akan dapat kita bela.Usaha kearah menggerakkan ini haruslah disokong biarlah kita bertatih dahulu agar kita kan dapat melangkah dan berlari bersama di masa depan......

Thursday, December 24, 2009

Doa Buat Iliya

Hari terakhir reunion yg lalu, aku baru dapat berita rupa-rupanya anak salah sorang saudara kita menghidapi kanser tulang. Aku mengucap panjang kerana baru dapat tau kisahnya. Biarpun begitu saudara kita ni tetap meluangkan masa untuk bertemu rakan-rakan semua.Malam tu, setelah rancak berborak dan bertanya khabar kekwn saudara kita nih mohon minta diri. Puas le kami semua memaksa untuk turut bermalam di situ namun di tolak dengan sopan tanpa menceritakan perihal sakit anak ke 2 nya itu. Aku sangat respect dengan ketabahan saudara kita ini..Mungkin dia tidak mahu seolah meraih simpati atau mungkin juga dia tidak mahu menjejaskan keseronokan kita bereunion.Maka di sini aku tidak mahu menyebut namanya, cukuplah sekadar sesiapa yg mengetahuinya sahaja.Petang itu setelah selesai reunion, beberapa sahabat berkonvoi ke rumahnya untuk menziarahi anaknya, Iliya. Ketibaan kami disambut mesra.Saat kami menatap anak ini, hati rasa sangat tersentuh, malah ada yg menitiskan air mata. Jauh disudut hati, aku rasa sangat terharu menatap tubuh yg terlantar. Tiada kata yg mampu diluahkan hanya doa yg aku panjatkan.Subhanallah...Biarpun dalam kesakitan, adik ini masih mampu melayan pertanyaan kami.Ketabahannya itu sangat kami kagumi. Melalui ruangan ini, aku turut nak doakan buat adik Iliya, moga beroleh kesihatan dan di rahmati Allah hendaknya. Buat kedua ibubapanya yg jua anak ibu kandung,ketahuilah kami sentiasa ada bersama untuk berkongsi suka dan duka. Benarlah kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul" namun yakinlah Allah itu maha mengetahui..hanya hamba yg terpilih yg diuji oleh Nya. Dan sesungguhnya dengan kesabaran kalian, syurgalah balasanya...Insya Allah. Jika terus-terusan bercerita tentang kesedihan, kita kan jadi orang yg kecundang. Tetapi jika kita terus mengharungi dugaan dengan penuh ketabahan, kita kan jadi orang yg sentiasa beroleh kemenangan. Salam sayang buat adik Iliya.

Wednesday, December 23, 2009

Menyingkap Nostalgia




Alhamdulillah pada 21 & 22 Dis 2009, terlaksanalah sudah perancangan yg diatur bagi menemukan anak ibu kandung Suluh Budiman sesi 90/92 di Teluk Batik Resort. Tak tergambar kegembiraan bila dapat bertemu saudara-saudaraku yg hampir 17 tahun tidak bersua muka. Aku yakin dan percaya sesungguhnya pertemuan kali ini amat bermakna buat kita semua. Yang menariknya, biarpun raut wajah dan "saiz" perut korang semua dah berubah tapi perangai masih cam tu...haru biru! malam tu kitaorang bantai berlabun sampai subuh...berderai-derai ketawa sebab macam-macam cerita mengimbau saat di IPSI dulu.Aku tabik spring kepada geng-geng yg sanggup luang masa demi untuk meraikan kekwn semua. Dalam pertemuan singkat hari terakhir sebelum berpisah tu, ada cadangan agar acara ni diadakan setiap tahun di negeri-negeri lain lak..bagus tu! Aku sokong 100%. Tahniah dan terima kasih pada pihak yang bertanggungjawab menganjurkan majlis ni...

Sunday, December 20, 2009

REUNION : Impian Jadi Nyata

InsyaAllah, esok kita semua geng-geng IPSI 90/92 akan bertemu. Saat yg dinanti akhirnya kini menjelma.SEkian lama kita merancang utk bertemu, dengan izin Allah hasrat kita utk bersatu akan termakbul. Tak sabar rasanya nak berjumpa korang semua...Jauh disudut hati, tersisish rasa terkilan kerana ada gak kekawn yg tak dapat join.Aku sangat simpati ngan diaorang semua yg tak dapt join tu. Semuanya ada komitmen lain. Lagipun tarikh asal yg dirancang pun tak menjadi, so tu pasallah ada geng yg tak dpt datang.Maklum le kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..Walau sebaik manapun yg kita rancang,sesungguhnya ALLah lah sebaik-baik perancang! Mungkin bukan rezeki kita untuk dipertemukan hari ini namun esok masih ada. Anyway aku berdoa moga-moga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, insyaAllah di tahun hadapan kita pasti berjumpa. Aku kan tetap menantikan saat itu...Kepada semua yg akan datang ke reunion nih, aku doakan korang semua berhati-hatilah di jalanraya. Memandulah dengan berhemah dan jaga keselamatan sepanjang perjalanan.Walaupun hati melonjak gembira nak bertemu kekwn semua, jgn sampai terlupa keselamatan diri! Aku dah dpt rasakan bahangnya pertemuan esok hari...sure gamat punya. Thanks a lot pada semua yg terlibat menganjurkan reunion nih, especially to Mr Kencho, Bro Nizam and Bro Popeye serta semua yg memeriahkan blog IPSI9092. Korang semua mmg happening! Last but not least, Happy Reunion!...

Saturday, December 19, 2009

Jangan Tiru...

video