Thursday, March 11, 2010

Isu Logo Halal


" JARATAN KEMAHJAN ISLAM MALAYSIA / ISLAMC DEVELOPMANT DEPARKMANT OF MALAYSIA "


Salam untuk semua..Lama jugak aku tak update blog nih, maklumle sibuk dengan macam-macam aktiviti kat sekolah. Aku nak share cerita pasal logo HALAL yang didedahkan oleh TV3 tadi. Aku tertanya-tanya sampai bila kita semua especially pengguna Islam dalam negara sendiri akan terus dipermainkan....Isu halal haram nih bagi aku memang perkara sensitif. sebagai muslim, kita memang ditegah memakan benda yang haram malahan benda yang syubhah pun tak boleh jugak...ramai orang beranggapan makanan ni tak berkenaan dengan sembelihan lagipun ianyapun berasaskan tumbuhan. Perlu diingat, Islam mementingkan kesucian dan kebersihan. Mungkin orang kafir menganggap, asalkan makanan itu bersih, ianya halal. Tetapi kita umat Islam, bersih dan suci yang mesti jadi keutamaan. Sesuatu yang bersih belum tentu suci, tapi sesuatu yang suci pasti bersih...Berbalik kepada cerita logo halal tadi, aku pun rasa gelihati membaca perkataannya...agaknya settingnya ditulis oleh warga asing..Bukan mustahil, sekarang ni pun dah ramai warga asing yang terlibat dengan macam-macam sindiket...harap-harap dengan pendedahan ni, umat Islam kat negara nih akan lebih prihatin dan sensitif pasal makanan halal haram nih...Ingat lah sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu.
Dalam isu ini, harap-harap pihak berwajib seperti JAKIM akan lebih agresif dalam tindakan membanteras gejala seperti ini...Aku nak seru sekalian pengguna Islam, berhati-hatilah selalu dan ayuh kita boikot barangan yang meragukan status halalnya!
Walaupun jenamanya bunyi macam Islamik.....

Tuesday, March 2, 2010

Info: Sotong Kering Penyebab Kanser



Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

info dpd: www.muslimconsumer.org