Friday, October 30, 2009

Tanda Kekuasaan Allah...




SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev.

Dan menurut Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pelbagai petanda kekuasaan Allah SWT telah dipertunjukkan bagi mereka yang mahu berfikir dan mengambil iktibar.

Thursday, October 29, 2009

Renungan : Bacalah "Zahrawain"

Hadith :

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir). ” (Muslim)

Huraian:

Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia.

Di samping itu al-Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah.

Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam).

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.

Sumber : JAKIM

Reunion IPSI 90/92

Salam.. lama gak aku tak update blog nih. Skang aku nak story pasal kitaorg punya plan nak wat reunion geng-geng maktab dulu. Seronok gak bila dapat berhubungan semula. Jauh disudut hati teringat balik kenangan lalu masa kat maktab dulu. Sedar tak sedar skag dah lama kita berpisah. Tahniah le pada kekwn yang berusaha wat reunion nih.. aku sangat berharap dapat jumpa geng-geng lama ni.Bila dapat berhubungan begini bleh gak kita berkongsi cerita suka dan duka. Aku tak sabar nak bertemu korang semua. Walau camnepun ada ramai lg member yg tak dapt dihubungi, aku harap-harap kalu sesiapa yang tau pasal diorang tolong le bagitau. Kukuhnya hubungan kita nih sekukuh dan seteguh bangunan Suluh Budiman yang menjadi kebanggaan semua anak kandung nya...Masih terngiang kita nyanyi bersama "Ibu kandung suluh budiman, obor di malam gelap..." Insya Allah kita semua akan dipertemukan. Masa tu boleh le kita wat pertandingan sape yang ramai anak dsb...

Friday, October 9, 2009

Gempa Bumi Di Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan gegaran lemah dikesan dan dilaporkan dirasai berlaku oleh penduduk tempatan di sekitar daerah Bukit Tinggi, Pahang, dari 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga 12 tengah malam tadi, tiada lagi gegaran dikesan di daerah itu, demikian menurut kenyataan Jabatan Metereologi Malaysia di sini hari ini.

Jabatan itu berkata ia akan sentiasa memantau perkembangan gempa bumi di rantau negara ini dan akan memaklumkan keadaan terkini. BERNAMA

Salah siapa..

PMR dah start. Selamat menduduki peksa pada sume calon. Tapi ada cite gempak pasal dewan peksa kena bakar.Menurut citenya, ni keja sabotaj bebudak sekolah. Tu dia hebatnya bebudak zaman skang nih.Bukan takat bakar rokok je,skang dah advance lagi bakar dewan peksa lak.Dulu sekolah kt kampung aku diaorang bakar sekolah terus lagi hebat..abis rentung bangunan blok sekolah tu.Aku tak tau nak komen apa bila kejadian seperti ni berlaku. Salah siapa? Kalu kita menunding jari menyalahkan orang tu , orang ni sampai bila pun tak selesai. Aku suka cadangkan, semak balik sistem pendidikan kita, di mana silapnya. Pendidikan agama kurang diberi perhatin..tu pasal disiplin bebudak makin menggila. Sampai bila kita nak terus dimomok dengan cite bebudak sekolah bertindak biadap terhadap guru aku pun tak tau.Ada yang tendang cikgu, ada yang belasah kawan sampai koma,entah-entah akan datang mungkin ada rampasan kuasa di sekolah... Soalnya sekarang apa tindakan drastik yang diambil bagi menangani insiden sebegini? Cikgu-cikgu di sekolah terus-terusan terbeban ngan keja paper wark itu dan ini..tu belum kira ngan mesyuarat, taklimat, contact time dan tah apa2 lagi. Proses pembinaan insan dikesampingkan..Tepuk dada tanyalah selera...

Buluh runcing...

Baru-bari kecoh pasal demonstrasi rakyat Indon yang gelar diri dioarang BENDERA ancam nak serang malaysia.. Aku cuma senyum dan geleng kepala.. Aku tak tau nak komen menda pasal nih tapi secara peribadi aku rasa ni keja bodoh. Bagi aku daripada depa dok demonstrasi sambil bawak buluh runcing tu lagi baik bawak skop atau cangkul gi tolong orang cari mangsa gempa bumi kat Padang nu..Tentu lagi berfaedah.Lagipun tu negara depa, yang mati pun rakyat depa, entah-entah ada sedara mara yang turut terkorbanpun. Ni le namanya tak sedar dek untung, dah le orang Malaysia meh nak gi tolong, depa lak nak ganyang Malaysia...Tak abis ngan tu ada niat nak serang Malaysia. Aku percaya depa akan datang serang Malaysia tapi bukan nak perang sebaliknya mungkin nak mintak keja kat sini. Buluh runcing tu apa sinonimnya akupun tak tau.. mungkin nak buat pendayung masa naik tongkang kot..Anyway aku caya itu hanya kumpulan kecil yang tak perlu diberi perhatian pun, ramai lagi rakyat Indon yang rasional. Tabik mamat Indon sume kecuali yang berdemonstrasi. Pada sedara mara yang terkorban dan menderita kerana gempa aku turut simpati. Sabar lah dgn ujian Allah ni. Percaya lah apa yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya kalu Allah nak meningkatkan martabat kita, tentulah ujiannyapun maha hebat.

Monday, October 5, 2009

"Pahlawan Melayu kantoi SPM..."

Pendedahan eksklusif cite sebenar Tuah... Apa komen anda?



Iktibar..

Salam wat sume...lama gak aku tak update blog nih maklum le busy sikit lepas raya ni. Any way aku nak share gak dengan korag sume aku menya view tentang peristiwa yang berlaku baru-baru ni...Rasanya terlalu hebat ujian yang Tuhan turunkan pada manusia skg nih..puncanya mungkin kealpaan dan kebiadapan manusia yang semakin menjadi-jadi. mana tak nya nyawa manusia dah tak de harga kejadian bunuh membunuh berlaku tiap-tiap hari, yang berkuasa terus-terusan menindas yang lemah, yang sesama agama gila berbalah sesama sendiri, fitnah menfitnah, tuduh menuduh, sumpah menyumpah, yang hilang kuasa gila nakkan kuasa, yang berkuasa makin befrmaharajalela...malah dalam bulan mulia ramadhan al mubarak pun ada yang ditangkap khalwat...hai entah le dunia hari ni..Mungkin Allah nak ingatkan kita semua, jadi ditimpakan ujian bencana gempa bumi, tsunami, ribut taufan, banjir lumpur dan cam-cam lagi.Syukurlah negara kita tak dilanda bencana tu, cuma "sipi-sipi" je... tu maknanya Allah nak warning kita. Mesti ambil ikhtibar. Aku nak menyeru pada semua marilah kita menginsafi tentang semua peringatan nih... kembalilah ke jalan kebenaran. Hidup ini sementara je.Entah esok, entah lusa kita pergi meninggalkan segala nikmat dunia nih.. duit dan harta menggunungpun tak de gunanya..

Friday, October 2, 2009