Sunday, July 25, 2010

Apa Pengertian Nisfu Syaaban ?

Sejak sekian lama kita dah mendengar perkataan Nisfu Syaaban. Apa sebenarnya Nisfu Syabaan? Kata orang tua-tua, Nisfu Syaaban adalah hari "tukar buku catatan yang baru"...Buku catatan lama akan diangkat ke langit untuk penilaian. Itu ke fahaman kita sejak dulu.So aku terpanggil nak share dengan korang semua...pengertian Nisfu Syaaban ni.

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Friday, July 16, 2010

Ikhtibar : Bapak Saman Anak...

Muthakir ini kita dkejutkan dengan berita bapak saman anak...Aku rasa terpanggil nak menulis tentang perkara ini.Tajuk paper gempak betul,"Bapa Saman Anak 2 juta"...hari sebelum tu, kisah bapak pergi mahkamah jugak untuk failkan tuntutan bayaran pampasan dpd anaknya.Soalnya, mengapa perkara ini terjadi? Bagaimana boleh terjadi? dan lebih sedih lagi perkara ini berlaku kpd orang Melayu- Islam.
Memang benarlah, kita sekadar boleh berbicara, tetapi hakikat sebenarnya hanya merekalah yang tahu. Adakah anak-anak ini boleh dikategorikan sebagai anak yang tak mengenang budi? atau dalam kata lainnya boleh dianggap anak derhaka?Mengapa mereka bertindak sedemikian rupa sehingga bapaknya begitu marah sekali? Kita semua mempunyai ayah, malah kita juga seorang ayah. Mungkin juga si ayah ini sudah tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk anak-anaknya.Sebagai ayah, aku rasa kita semua masih mampu mengawal kemarahan jika anak-anak buat perangai. Tapi kalau dah sampai sanggup saman anak...pastinya ada cerita yang tak terungkai.
Marilah kita merenung diri sendiri....berbalik pada cerita bapak saman anak ini, adakah berkemungkinan anak-anak ini tidak dididik dengan baik dan sempurna hinggakan mereka sanggup bertindak begitu? atau mungkinkah si bapak ini yang sebenarnya bermasalah? Aku tak de jawapannya.Jika difikir-fikirkan, tentulah ada punca sebab musababnya.Atau mungkinkah si bapak gagal menunaikan tanggungjawab sebagai bapa untuk mendidik anak-anaknya sedari kecil?Jika anak-anak ini dididik dengan ilmu agama secukupnya, mungkinkah perkara ini akan terjadi?..atau mungkin juga anak-anak ini memang jenis tak makan saman, bangang, bebal dan bodoh sombong.....
Aku rasa perkara seperti ini tak perlulah di sensasi di akhbar. Cerita seperti ini memberi impak yang buruk terhadap agama kita sementelah pelakunya adalah org Islam.
Mari kita singkap sebuah kisah yang berlaku di zaman para sahabat;
"Pada suatu hari seorg bapa telah bertemu dgn Amirul mukminin mengadu akan hal anknya yang derhaka.Lalu Amirul Mukminin telah bertanyakan perkara tersebut kpd si anak. Maka berkata ank ini, "Wahai amirul mukminin, sebenarnya ayah ku ini lah yang telah bertindak derhaka terhadap aku."Mengapa kamu berkata begitu wahai anak muda? soal amirul mukminin. lalu jawab si anak, "ayah ku telah memberikan nama yang tidak baik utk aku, dan dia juga tidak mengajarkan aku tentang agama.." Mendengarkan kata-kata anak itu, amirul mukminin lantas mengatakan kpd si bapak " dalam hal ini engkaulah yg telah derhaka terhadap anak mu!
Adakah dengan mengemukakan saman ini akan menyebabkan anak-anak yg tak mengenang budi tu bertaubat dan kembali memohon ampun kpd bapak mereka. Bagaimana pula jika si bapak gagal di dalam samannya? adakah si bapak pulak yg akan melutut memohon ampun kpd anak-anaknya?...Hai entah lah dunia hari ini....
Ayuhlah kita memanjatkan doa, moga kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara seumpama ini. Didiklah anak kita sebaik nya. Tunjuk ajarkan mereka adab dan menghormati org tua. Aku bimbang kalu anak-anak ini tidak diterapkan dengan iman tidak mustahil kita juga akan dipersalahkan suatu hari nanti. Mintak dijauhkan......