Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR

Hari ni keputusan UPSR release secara rasmi.Maka macam-macam reaksi akan dapat ditonton. Bagi yg mendapat keputusan cemerlang, pastinya akan senyum lebar dan paling bangga tentu lah parent diaorang, manakala bagi yang gagal plak ada gak yang merah bijik mata..nangis konon..Aku pun tak faham nape depa nangis skg. Dan untuk ape depa nangis..keputusan ni bukan lah penentu segalanya. Seperkara yg aku tak faham, nape ada peksa peringkat sekolah rendah cam ni..Dari segi moralnya, bagus le bebudak tu nangis sebab kecewa itupun kalau depa berusaha bersungguh-sungguh le. Yg peliknya, bebudak aku nangis sakan bila dapat keputusan, aku jadi lagi pelik pasal yg nangis paling kuat tu dia le yg paling teruk dlm klas asyik kantoi memanjang..straight E..Alih-alih masa kuar result, dia nangis sakan.Aku tak tau nak gelak ke atau nak simpati. Aku just senyum, pasal aku tau bebudak yg kantoi tu semuanya memang dah dijangka. bukan pasal apa, depa ni bacapun tak boleh.Kalu menjawab soaln, tulisannya ya rabbi...kalah cacing. So aku pun tak kisah kalu depa menya result memang cam tu tapi kalu depa pass, mau aku yang nangis!..Secara keseluruhannya, aku berbangga pasal peratus subjek yg aku ajar melantun naik..itupun berkat usaha gigih semua pihak termasuk le bebudak murid aku nih. Aku bangga pasal tak sangka boleh capai peratus yang agak tinggi melepasi target. Sebelum ni pun sekolah aku, dlm kelompok sekolah sekolah prestasi rendah..Tapi tahun ni sekolah aku siap dpt anugerah dengan pencapaian yg boleh dibanggakan. Tahniah pada semua kekwn yg sama-sama bertungkus lumus selama hari ni. Tak lupa gak pada bebudak yg berjaya tu serta parent diaorg, aku nak salute dan wish congrat pd korang. Utk bebudak yg tak dpt 5 A dan gagal tu, jgn le bersedih sgt...Percaya le kamu semua masih berpeluang utk berjaya...UPSR bukannya pengukur kejayaan yg sebenar.Mungkin dlm seminggu dua nih, panas le org bercerita pasal UPSR nih, sok lusa abis le citenya. Bersiap siaga lah utk menghadapi alam sekolah menengah plak...Doa aku sentiasa mengiringi kalian. Aminnn.

Wednesday, November 18, 2009

SPM STPM datang lagi

Ari nih SPM dan STPM bermula. So aku nak amik kesempatan nih nak ucapkan...lebih tepat nak doakan moga selamat menduduki peksa yg penting ni.Kepada mereka yg terlibat, bukan student2, guru2 malah ibu bapak pun sama gak merasakan debarannya. Aku dah lama meninggalkan sekolah tp bila musim peksa cam ni suasana peksa tetap terasa...Aku tak tau bebudak skg nih samada diorang ada rasa cemas atau tak utk peksa. Maklum le bebudak zaman skg nih aku tengok cam tak amik pot pasal peksa. Dioarang lebih gelisah kalu tak dpt surf internet, fb le twitter le tah hapa2 lg..paling tidakpun yg aku nengok ramai bebudak ni asyik ngan SMS.Entah le..bebudak zaman millenium nih. Kalau nak banding zaman aku amik peksa dulu, rasanya sgt jauh berbeza. Dulu kalu masa nak peksa rasa kecut perut...pas tu sibuk cari spot question..ataupun soalan bocor.Ada kekwn yg sanggup beli kononnya soalan bocor harga RM 50.Bila dibelek-belek nampak cam ori je..tp masa peksa..hampeh sebijikpun tak singgah.Masa tu baru tau langit tinggi rendah...tak senang duduk, tak senang berdiri...Pandangan matapun makin kelam rasa nak pitam. Kalu nak ingat masa ujian amali lg kelakar, especially ujian kimia,aku tak tau nak wat menda sebab campuran bahan larutan yg disediakan aku dh silap campur..so apa lagi, dok melopong je la..at last tengok kwn sebelah pun hasilan eksperimen. Akupun hantam saja le jwpnya..based on observation je. Seperkara yg aku sgt percaya ialah bila nak peksa nih mintak le restu mak bapak ngan cikgu. Doa diorang nih sgt mustajab....Aku tak tau nak bg tips apa kt korang yg nak amik peksa nih pasal aku dulupun tak wat mendapun. Study last minutes je...tapi aku concerntrate menjawab soalan tahun-tahun lalu. Rupa-rupanya soalan-soalan tu naik balik...so selamat le aku. Tapi skg nih aku tak tau le cam mana sistem soalan nya. Anyway, sekali lagi aku nak ucapkan Selamat menduduki peperiksaan moga berolah keputusan yg cemerlang. Pada calon-calon yg dilanda banjir tu, aku turut simpati, yakin le tabahkan hati jawap le soalan ngan tenang, insyaAllah moga-moga korang akan dapat A yg melimpah cam banjir gak dlm keputusan peksa sok...

Tuesday, November 17, 2009

Sunday, November 15, 2009

Handphone Meletup...


Thursday, November 5, 2009


Guangzhou, CHINA - Seorang lelaki telah meninggal dunia setelah telefon bimbitnya meletup dan terkena pada urat arteri nya di leher. Berdasarkan laporan.

Mangsa dipercayai baru sahaja mengecaj baterinya dan menyimpan telefonnya di dalam poket baju. Sehinggalah beberapa minit kemudian, ia meletup dan meragut nyawa mangsa.

Pemberita tempatan mengatakan kejadian ini ialah yang ke sembilan berlaku di China sejak tahun 2002.
Pihak pengkaji mendapati bahawa kejadian ini berlaku kerana bateri telefon dicaj terlalu lama atau bateri didedahkan pada haba panas.

Oleh kerana perkara ini boleh menyebabkan kematian. Kami ingin berkongsi tips-tips untuk mengelakkan kejadian ini.

1- Pastikan telefon anda menggunakan bateri yang original. Yang disyorkan oleh jenis telefon tersebut.

2- Jangan sesekali mengubah suai telefon anda.

3- Pastikan anda menggunakan charger yang original dan jangan berkongsi charger.

4- Jangan dedahkan telefon anda pada panas seperti cahaya matahari.

5- Elakkan bercakap di telefon terlalu lama.

6- Jangan guna telefon anda ketika sedang Charging.

7- Simpan telefon anda di dalam beg, elakkan daripada simpan di dalam poket.

8- Jangan gunakan bateri yang rosak.

Rujukan:
http://www.fcucommunity.net/2009/10/awas

Saturday, November 14, 2009

Ujian Allah

Sejak akhir-akhir nih, hujan turun tak henti-henti. Hampir setiap hari hujan.Berikutan itu, ada beberapa kawasan ditenggelami banjir, termasuk le kampung isteri aku, Lenggong. Khabarnya teruk gak le...hubungan jalanraya terputus akibat ditenggelami air. Banyak rumah penduduk kampung yg terlibat sama..Aku hanya mampu memanjatkan doa agar semuanya beroleh kesejahteraan dan banyak2kan bersabar.Apa lagi yg mampu kita katakan. Mungkin ada yg merungut dan mengeluh. Ye lah sapa yg tak sedih kalu terkena. Seperkara yang kita kena ingat ialah ni semua ketentuan Allah. Allah turunkan ujian pada kita. So mari le ambik ikhtibar. Sesungguhnya Allah turunkan ujian adalah untuk menaikkan darjat hambanya. Secara peribadi, aku sangat tersentuh dan sedih nengok nasib mangsa banjir nih...tapi Allah Maha Mengetahui. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah sentiasa mengurniakan keselamatan kita semua.Kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di negara jiran, ujian mereka lebih hebat dan dahsyat. Tak cukup ngan Tsunami, banjir lumpur, tanah runtuh, gunung berapi dan gempa bumi...Masya Allah. Kita di sini baru diuji dengan banjir.Malah jiwa yg terkorbanpun jauh lebih sedikit berbanding mangsa-mangsa di negara jiran nun.Sebaliknya org kita lebih ramai mati pasal kemalangan jalanraya.....Bukan bermaksud aku tak prihatin atau simpati kat mangsa banjir semua, cuma aku nak naikkan semangat korang semua agar terus tabah menghadapi ujian Allah ini. Cuba seketika kita renung-renungkan dan bandingkan nasib kita dgn negara-negara jiran yg lain.Syukurlah negara kita tak dilanda letusan Gunung Berapi, gempa bumi atau taufan...Hari ni kita baru diuji dengan banjir. Pun begitu, ramai pihak yg menghulurkan bantuan. Tempat tinggal di sediakan, makanan dibekalkan...malah ada jugak mangsa tanah runtuh yg berlaku tak lama dulu, ditempatkan di hotel-hotel. Tu dia, hebatnya ujian kita...

Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia...

Semlm aku menonton perlawanan bolasepak final piala Malaysia antara Kelantan ngan N9.Mendengarkan promo perlawanan akhir sangat le mengujakan...paperpun bagi liputan yang meluas gak.Aku rasa ada baiknya gak sebab mungkin cara tu bleh mengembalikan semula kegemilangan bolasepak negara kita. Kalu sebut boalsepak Malaysia je, ramai yg mencebek..mana taknya asyik kecundang je..Tak tau le kt mne silapnya.Aku ambik kesempatan cite pasal bola nih pun pasal nak mengembalikan martabat bola sepak negara gak le..hee heee. Cite pasal pertandingan semlm, aku sokong Kelantan bukn pasal pe..tp pasal dlm team tu ada star player perak...at least puas ati gak nengok si Indera ngan jaringan yg sgt cantek. Cuma kt sini aku rasa kurang puas ati ngan penyokong Kelantan yg buat hal kt stadium tu.Mungkin diorangpun bosan ngan persembahan langsung tak menarik tu. Mulanya aku excited gak, tapi makin lama makin bosan.Secara peribadi, aku rasa itu bukan standard pertandingan akhir pun. Klu cam ni, memang patut bolasepak tempatan tak de sambutan.Cite pasal penyokong lak..ni pun satu hal gak,tak yah le nak bertindak liar ngan baling botol sampai kena pemain lak. Paling teruk bila depa dok baling mercun..berdentum-dentam stadium jadinya. Nipun satu hal yg aku tak faham, cam ne bleh lepas masuk. Aku rasa korang semuapun tau pasal peel penyokong Kelantan nih..memang agresif dan gedebe.Ingatan aku, terima je lah kenyataan, kalu main cam tu memang patut kalah..tak yah le nak merusuh dan buat perkara2 yg bleh menyusahkan org ramai.Korang dtg dari jauh nak beri sokongan kt pasukan negeri sendiri, so sokong le dengar sepenuh hati. Baru le bleh dianggap penyokong setia. Aku tetap menyokong pasukan Perak, walaupun depa kalah... Menang sesama gembira, kalah sesama le terima.Sebab tu penyokong perak sgt rasional dan berdisiplin...Bravo Yop.Kpd pasukan N9, aku nak ucapkan tahniah le, korang memang patut menang jang....

Thursday, November 5, 2009

Fahaman Wahabbi..

Baru-baru kecoh bila sorang bekas mufti ditahan pasal beri ceramah tanpa tauliah.Lepas tu keluar lak kisah tentang fahaman WAHABBI.Aku tak nak komen pasal ni semua.Cuma aku nak share dengan korang semua tentang apa itu Wahabi je.Sebabya bila aku ditanya apa tu Wahabi, akupun terlopong gak...So skg aku nak share ngan korang semua..

Apa Itu Wahabi?

Wahabi merupakan satu fahaman / aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain / Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.

Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab.


Perubahan
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1.Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.
2.Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
3.Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
4.Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
5.Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6.Melarang membaca qasidah
7.Melarang melagu-lagukan al Quran.
8.Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
9.Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam ,matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

Wallahu a'lam...

Monday, November 2, 2009

Subha nallah..

Salam. Malam sabtu yg lalu aku terima panggilan dpd kakak aku suruh aku tengok bulan..Aku tertanya-tanya nape lak nak nengok bulan.Rupa-rupanya malam tu ada kejadian yg istimewa kat permukaan bulan...kalimah Subhanallah terlakar kat permukaan bulan...Namun aku agak kecewa sebab tak dapat menatap bulan sebab hari hujan..Lebat lak tu. Mungkin bukan rezeki aku agaknya. Menurut ceritanya, kakak aku yang kat Pahang tu yg mula nampak, maklumle rumah dia tak berapa jauh ngan laut so bleh le nampak ngan clear..Memandang kan benda ni agak interesting maka aku pun memanjangkan cerita tu pada kekwn melalui sms. Walaupun aku tak berkesempatan menyaksikannya, tapi aku rasa insaf gak bila dapat menatap gambar yang dirakam oleh member adik aku kat Penang..mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada kita semua. So aku nak share ngan korang semua menatapnya. Ni real punya bukan main2, terpulang le kat korang nak percaya ke tak...

Perhatikan betul-betul bhg tengah bulan tu...


Kalimah masih boleh kelihatan sehingga jam 2 pg