Saturday, November 14, 2009

Ujian Allah

Sejak akhir-akhir nih, hujan turun tak henti-henti. Hampir setiap hari hujan.Berikutan itu, ada beberapa kawasan ditenggelami banjir, termasuk le kampung isteri aku, Lenggong. Khabarnya teruk gak le...hubungan jalanraya terputus akibat ditenggelami air. Banyak rumah penduduk kampung yg terlibat sama..Aku hanya mampu memanjatkan doa agar semuanya beroleh kesejahteraan dan banyak2kan bersabar.Apa lagi yg mampu kita katakan. Mungkin ada yg merungut dan mengeluh. Ye lah sapa yg tak sedih kalu terkena. Seperkara yang kita kena ingat ialah ni semua ketentuan Allah. Allah turunkan ujian pada kita. So mari le ambik ikhtibar. Sesungguhnya Allah turunkan ujian adalah untuk menaikkan darjat hambanya. Secara peribadi, aku sangat tersentuh dan sedih nengok nasib mangsa banjir nih...tapi Allah Maha Mengetahui. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah sentiasa mengurniakan keselamatan kita semua.Kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di negara jiran, ujian mereka lebih hebat dan dahsyat. Tak cukup ngan Tsunami, banjir lumpur, tanah runtuh, gunung berapi dan gempa bumi...Masya Allah. Kita di sini baru diuji dengan banjir.Malah jiwa yg terkorbanpun jauh lebih sedikit berbanding mangsa-mangsa di negara jiran nun.Sebaliknya org kita lebih ramai mati pasal kemalangan jalanraya.....Bukan bermaksud aku tak prihatin atau simpati kat mangsa banjir semua, cuma aku nak naikkan semangat korang semua agar terus tabah menghadapi ujian Allah ini. Cuba seketika kita renung-renungkan dan bandingkan nasib kita dgn negara-negara jiran yg lain.Syukurlah negara kita tak dilanda letusan Gunung Berapi, gempa bumi atau taufan...Hari ni kita baru diuji dengan banjir. Pun begitu, ramai pihak yg menghulurkan bantuan. Tempat tinggal di sediakan, makanan dibekalkan...malah ada jugak mangsa tanah runtuh yg berlaku tak lama dulu, ditempatkan di hotel-hotel. Tu dia, hebatnya ujian kita...

No comments:

Post a Comment