Thursday, November 5, 2009

Fahaman Wahabbi..

Baru-baru kecoh bila sorang bekas mufti ditahan pasal beri ceramah tanpa tauliah.Lepas tu keluar lak kisah tentang fahaman WAHABBI.Aku tak nak komen pasal ni semua.Cuma aku nak share dengan korang semua tentang apa itu Wahabi je.Sebabya bila aku ditanya apa tu Wahabi, akupun terlopong gak...So skg aku nak share ngan korang semua..

Apa Itu Wahabi?

Wahabi merupakan satu fahaman / aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain / Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.

Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab.


Perubahan
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1.Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.
2.Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
3.Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
4.Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
5.Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6.Melarang membaca qasidah
7.Melarang melagu-lagukan al Quran.
8.Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
9.Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam ,matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment