Sunday, July 25, 2010

Apa Pengertian Nisfu Syaaban ?

Sejak sekian lama kita dah mendengar perkataan Nisfu Syaaban. Apa sebenarnya Nisfu Syabaan? Kata orang tua-tua, Nisfu Syaaban adalah hari "tukar buku catatan yang baru"...Buku catatan lama akan diangkat ke langit untuk penilaian. Itu ke fahaman kita sejak dulu.So aku terpanggil nak share dengan korang semua...pengertian Nisfu Syaaban ni.

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Friday, July 16, 2010

Ikhtibar : Bapak Saman Anak...

Muthakir ini kita dkejutkan dengan berita bapak saman anak...Aku rasa terpanggil nak menulis tentang perkara ini.Tajuk paper gempak betul,"Bapa Saman Anak 2 juta"...hari sebelum tu, kisah bapak pergi mahkamah jugak untuk failkan tuntutan bayaran pampasan dpd anaknya.Soalnya, mengapa perkara ini terjadi? Bagaimana boleh terjadi? dan lebih sedih lagi perkara ini berlaku kpd orang Melayu- Islam.
Memang benarlah, kita sekadar boleh berbicara, tetapi hakikat sebenarnya hanya merekalah yang tahu. Adakah anak-anak ini boleh dikategorikan sebagai anak yang tak mengenang budi? atau dalam kata lainnya boleh dianggap anak derhaka?Mengapa mereka bertindak sedemikian rupa sehingga bapaknya begitu marah sekali? Kita semua mempunyai ayah, malah kita juga seorang ayah. Mungkin juga si ayah ini sudah tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk anak-anaknya.Sebagai ayah, aku rasa kita semua masih mampu mengawal kemarahan jika anak-anak buat perangai. Tapi kalau dah sampai sanggup saman anak...pastinya ada cerita yang tak terungkai.
Marilah kita merenung diri sendiri....berbalik pada cerita bapak saman anak ini, adakah berkemungkinan anak-anak ini tidak dididik dengan baik dan sempurna hinggakan mereka sanggup bertindak begitu? atau mungkinkah si bapak ini yang sebenarnya bermasalah? Aku tak de jawapannya.Jika difikir-fikirkan, tentulah ada punca sebab musababnya.Atau mungkinkah si bapak gagal menunaikan tanggungjawab sebagai bapa untuk mendidik anak-anaknya sedari kecil?Jika anak-anak ini dididik dengan ilmu agama secukupnya, mungkinkah perkara ini akan terjadi?..atau mungkin juga anak-anak ini memang jenis tak makan saman, bangang, bebal dan bodoh sombong.....
Aku rasa perkara seperti ini tak perlulah di sensasi di akhbar. Cerita seperti ini memberi impak yang buruk terhadap agama kita sementelah pelakunya adalah org Islam.
Mari kita singkap sebuah kisah yang berlaku di zaman para sahabat;
"Pada suatu hari seorg bapa telah bertemu dgn Amirul mukminin mengadu akan hal anknya yang derhaka.Lalu Amirul Mukminin telah bertanyakan perkara tersebut kpd si anak. Maka berkata ank ini, "Wahai amirul mukminin, sebenarnya ayah ku ini lah yang telah bertindak derhaka terhadap aku."Mengapa kamu berkata begitu wahai anak muda? soal amirul mukminin. lalu jawab si anak, "ayah ku telah memberikan nama yang tidak baik utk aku, dan dia juga tidak mengajarkan aku tentang agama.." Mendengarkan kata-kata anak itu, amirul mukminin lantas mengatakan kpd si bapak " dalam hal ini engkaulah yg telah derhaka terhadap anak mu!
Adakah dengan mengemukakan saman ini akan menyebabkan anak-anak yg tak mengenang budi tu bertaubat dan kembali memohon ampun kpd bapak mereka. Bagaimana pula jika si bapak gagal di dalam samannya? adakah si bapak pulak yg akan melutut memohon ampun kpd anak-anaknya?...Hai entah lah dunia hari ini....
Ayuhlah kita memanjatkan doa, moga kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara seumpama ini. Didiklah anak kita sebaik nya. Tunjuk ajarkan mereka adab dan menghormati org tua. Aku bimbang kalu anak-anak ini tidak diterapkan dengan iman tidak mustahil kita juga akan dipersalahkan suatu hari nanti. Mintak dijauhkan......

Sunday, June 20, 2010

Demam Bolasepak Piala Dunia Lupa Derita Palestin

Skarang ini rata-rata orang ramai bercerita pasal Piala Dunia..pendekkata istilah yg sering diguna pakai adalah demam bola..Benarkah kita semua dilanda demam? Kalau mengikut istilah kesihatan, demam membawa maksud keadaan badan yg tidak sihat kurang lebih begitu le. Aku percaya gak pasal tak sihat tu, pasal bagi yg kaki bola depa sanggup bersengkang mata ngadap tv di dinihari...minat sangat le kot. Kalu dah hari-hari tidur tak menentu tentu le badan kita akan menjadi kurang sihat. Anyway, lantak korang ler...
Aku rasa terpanggil nak mencoretkan serba sedikit tentang perkara nih...aku bukan anti bola, aku pun kekadang menonton bola gak, malah ada ketikanya akupun bersengkang mata menonton pasukan favourite aku bermain....Bercerita tentang pasukan favourite nih yang aku nak sentuh sikit. Aku percaya setiap org ada pasukan pujaan masing-masing. malah kekadang anak kita bleh hafal nama setiap player..pakai nombor berapa, main team mana, berapa kali score, berapa kad kuning dan macam-macam lagi. Kita lak dengan bangganya anak kita pun tau pasal bola, malah sanggup bersama-sama anak nonton bola di tengah malam....minat punya pasal le konon!
Tapi pernah ke kita bertanya, adakah anak-anak kita nih tau nama-nama nabi dan rasul? nama-nama para sahabat? tau ke depa pasal sejarah dan sirah nabi? berapa orang anak-nak nabi? apa sumbangan para sahabat nabi?...jangankan anak-anak, malah kita sendiripun tergagap jugak rasanya nak jawap!Aku sendiripun terkebil-kebil gak nak menjawapnya!
Aku coretkan perkara nih bukannya nak tunjuk pandai, tapi rasa tanggungjawap utk menyampaikan. Aku percaya, ramai kekwn di luar sana yg mmg sangat hebat malah ilmu agama mereka jauh lebih tinggi. Aku sedar siapa aku...tapi rasanya tak salah kalu sekadar mengingati. Kita manusia kena saling ingat mengingati!
Kita manusia memang cepat lupa...dan sering terleka. Kalau semua masih ingat,kurang lebih seminggu sebelum Piala Dunia, kita dikejutkan dengan cerita kekejaman askar Israel menawan kapal yang bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Sementelah ada rakyat Malaysia yg terlibat sama sbg sukarelawan. Bila tercetus je insiden tu, habis semua pihak menyatakan bantahan dan kutukan terhadap Israel dan rakan sekutunya, Amerika Syarikat....Masa tu semua orang marah disusuli demonstrasi dan usul di peringkat parlimen mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap Israel itu..Susulan itu timbul le bermacam saranan antaranya "Boikot" barangan yg ada kaitan dengan Israel...Aku rasa masa tuh perasaan marah dan benci kita sangat meluap-luap!
Tapi yang kelakarnya bila piala dunia start semuanya dah jadi dingin....malah kita plak yg menjadi penyokong kuat bg negara-negara sekutu Israel nih.Apa dah jadi ni?
Adakah kita lupa, ada antara pasukan yg kita puja itu, memang proksi Israel? Lupakah kita ada pasukan yg negaranya membantah wanita Islam bertudung? Lupakah kita ada negara yg kartunisnya melakar dan menghina nabi? ada negara yg secara terang-terangan menyokong tindakan sekatan terhadap negara Islam spt Iran?....Aku tak mau menamakan negaranya kerana aku yakin korang pun tau...ke mana hilangnya kemarahan kita? kemana hilangnya simpati kita pada anak-anak Palestin? ke mana hilangnya akal kita utk menilai perkara ini? Bukankah lebih baik kita bangun di dinihari tu, bersolat hajat utk mereka ini?......Tepuk dada tanyalah iman!
Kerana perkara-perkara inilah menyebabkan kita orang Islam sering dipermainkan.Kemarahan kita, kebencian kita segalanya-gala mudah saja ditundukkan!Inilah agenda mereka. Kita juga yg sering terpedaya. Kalau ada yg rasa kurang selesa dan terasa dengan coretan ini,aku rasa objektif aku tercapai. Tapi kalau ada yg tak rasa apa-apa itupun tak apa. Aku sekadar mencoretkan apa yang aku suka. Fikir-fikirkan le. Wakaka

Sunday, June 13, 2010

REUNION : STMAA SPM 1987

Hari ni merupakan tarikh bersejarah buat aku dan lelain kerabat bekas pelajar Sek Men Tok Muda Abdul Aziz (STMAA)kerana kami dapat bertemu semula setelah 23 tahun.Lokasi yang jadi pilihan adalah di Sg Perak Resort, Kuala Kangsar. Gembiranya hati kerana dapat bertemu semula kekwn yg dah lama tak pernah dengar khbar berita..Seperkara yang melegakan aku adalah kerana rancangan utk memulakan reunion ni akhirnya termakbul jua.
Bermula dengan sembang2 di facebook, diikuti sesi mesyuarat ( sebenarnya sembang2 jer..) antara kekwn, at last jadi jugak plan yg diatur dlm tempoh sebulan je.
Bagi aku, reunion nih sangat berjaya memandangkan ini kali pertama diadakan tapi sambutannya sangat leh menggalakkan. Hilai tawa tak henti2 kerana macam cerita keluar..paling ketara ramai yang dah berubah saiz dan bentuk...tapi rupa wajah masih maintain...Bila melihat anak2 yang bersusun2 tu lagi le terhibur rasa hati. Rasanya macam tak cukup masa bila dpat bergebang bersama kekwn.So tuk reunion akan datang kita plan lagi gempak punya....Secara peribadi aku tabik spring ngan kekwn yg sudi menghulurkan sumbangan. Budi kalian akan tetap dikenang.
Aku sgt berharap, tuk masa depan nih, akan lebih ramai lagi akan menyertainya. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat semua yang hadir memeriahkan acara kita hari ni. Sokongan kalian sangatlah dihargai. Aku sangat kagum dengan semangat setiakawan korang semua..Insya Allah, next programme akan menyusul. Tunggu....

Wednesday, May 26, 2010

JUDI HALAL....

Salam buat semua.Kita sekali lagi dikejutkan dengan isu yang agak panas tapi kurang publisiti....kes menghalalkan judi bola sepak. Semua media semacam tak memberi tumpuan pada isu ini, sebaliknya isu poligami yang tiada kebenaran pulak yg jadi liputan berita hangat....Entah le, apa nak jadi. Aku nak share ngan korang semua tentang isu nih...so luangkan le masa baca surat terbuka nih. Aku tabik spring ngan Dato TAMRIN ni. Sebagai muslim kita mesti memberikan sokongan dan sama-sama berjuang!

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir

Oleh Tamrin Ghafar


Assalamualaikum w.b.t.


Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba- Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.


Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.


Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom.


Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.


Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.


Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabk an dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.


Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.


Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.



Yang Berhomat Dato’,


Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?


Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?


Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya. Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?


Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?


Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.


Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)


Dan juga larangan selanjutnya: Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)



Yang Berhormat Dato’


Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisa si bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?


Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.


Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:


i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.


ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.


iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.


iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.


Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.


Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.


Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?


Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabk an di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.


Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:


“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.


Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,


“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran) , maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].


Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.


Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.


Sekian. Wassalam.

Yang benar,


TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik

Thursday, April 15, 2010

Peringatan Buat Para Perokok...

Aku baru jumpa artikel nih..so rasa nak share ngan korang semua. Kepada sahabat-sahabat perokok di luar sana, nilai le sendiri. Aku just nak share saja selebihnya, "Lu Pikir le Sendiri..."

Cigarettes may contain pig blood << Back



CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."

The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.

Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.

At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.

"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.

The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.

A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.

( SUMBER : http://www.dailytelegraph.com.au/news/national/cigarettes-may-contain-pigs-blood/story-e6freuzr-1225847653290 )

Thursday, March 11, 2010

Isu Logo Halal


" JARATAN KEMAHJAN ISLAM MALAYSIA / ISLAMC DEVELOPMANT DEPARKMANT OF MALAYSIA "


Salam untuk semua..Lama jugak aku tak update blog nih, maklumle sibuk dengan macam-macam aktiviti kat sekolah. Aku nak share cerita pasal logo HALAL yang didedahkan oleh TV3 tadi. Aku tertanya-tanya sampai bila kita semua especially pengguna Islam dalam negara sendiri akan terus dipermainkan....Isu halal haram nih bagi aku memang perkara sensitif. sebagai muslim, kita memang ditegah memakan benda yang haram malahan benda yang syubhah pun tak boleh jugak...ramai orang beranggapan makanan ni tak berkenaan dengan sembelihan lagipun ianyapun berasaskan tumbuhan. Perlu diingat, Islam mementingkan kesucian dan kebersihan. Mungkin orang kafir menganggap, asalkan makanan itu bersih, ianya halal. Tetapi kita umat Islam, bersih dan suci yang mesti jadi keutamaan. Sesuatu yang bersih belum tentu suci, tapi sesuatu yang suci pasti bersih...Berbalik kepada cerita logo halal tadi, aku pun rasa gelihati membaca perkataannya...agaknya settingnya ditulis oleh warga asing..Bukan mustahil, sekarang ni pun dah ramai warga asing yang terlibat dengan macam-macam sindiket...harap-harap dengan pendedahan ni, umat Islam kat negara nih akan lebih prihatin dan sensitif pasal makanan halal haram nih...Ingat lah sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu.
Dalam isu ini, harap-harap pihak berwajib seperti JAKIM akan lebih agresif dalam tindakan membanteras gejala seperti ini...Aku nak seru sekalian pengguna Islam, berhati-hatilah selalu dan ayuh kita boikot barangan yang meragukan status halalnya!
Walaupun jenamanya bunyi macam Islamik.....

Tuesday, March 2, 2010

Info: Sotong Kering Penyebab Kanser



Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

info dpd: www.muslimconsumer.org

Saturday, February 27, 2010

Kes Penderaan Lagi....

Hati aku begitu tersayat tatkala mendengar berita kematian adik Syafiyah...anak yang tak berdosa mati akibat didera.Aku hanya mampu berdoa untuknya dan mengucap panjang bila mengenangkan nasib penderitaannya. Mengapa perkara ini terjadi lagi.Aku yakin kita semua masih ingat lagi kisah anak kecil yang didera oleh teman lelaki si ibu -lelaki Sudan...kesnya masih belum selesai lagi tup-tup keluar pulak cerita penderaan lagi..versi yang sama didera oleh teman lelaki si ibu- bezanya kali ini si jantan keparat tu Melayu!Entah le apa nak jadi dunia ni..Jauh di sudut hati aku sangat tersentuh bila mendengar kisah anak ini mengalami penderitaan yang maha dahsyat. Entah setan mana yang merasuk sehingga sanggup anak ini dipijat dan ditendang! Biadap sungguh si pelaku ini. Aku tak mahu menyamakan nya dengan binatang, kerana bagi aku binatang lebih mulia dari si pelaku! Mungkin darjatnya juga lebih hina dari najis...
Aku sangat marah sehinggakan kalu diberi peluang mau saja aku melakukannya kepada si pelaku cam mana dia buat kat Syafiyah.....Haram jadah punya manusia (sebenarnya tak layakpun dipanggil manusia..)Mengapakah kejadian seperti ini berlaku kini? Apakah itu tandanya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kita semua sudah mula hilang? atau adakah itu petanda bala yang besar bakal menimpa!Bila kita jauh dari agama, maka tak hairan le semua itu akan berlaku. Tapi dimana silapnya....Kita semua terlalu alpa disogok dengan keduniaan...hiburan, hiburan, hiburan dan hiburan yg bertali arus, program-program keagamaan dikesampingkan. Salah siapa? Aku tak de jawapannya.
Maka itu, tak hairan le, kalu selepas ini kita akan dikejutkan lagi dengan cerita penderaan ini. Mungkin cara mpenderaannya lebih hebat lagi... Mintak dijauhkan le!
Aku yakin mungkin ketika ini masih ada anak-anak yg tidak berdosa ini menjadi mangsa dera. Cuma belum terdedah dan menjadi bahan berita. Aku nak menyeru pada semua, biarlah kita menjadi lebih prihatin dan sensitif dgn masyarakat keliling. Tak salah kalau kita mengambil endah bila lihat anak-anak yang menangis atau dlam ketakutan..dekatilah mereka dan bertanyalah.Kalau nampak anak-anak dipukul,bertindaklah menghalang atau laporkan kpd pihak berwajib. Kita mesti berganding bahu bagi membendung kejadian ini daripada berulang!Paling tidakpun kita panjatkan doa, buat semua anak-anak yang sedang menderita ini dapat perlindungan Allah hendaknya.
Berbalik kpd cerita adik Syafiyah, aku nak cadangkan supaya ibunya yang bersekedudukan tu di hukum sebat. Jangan bagi peluang. Dia memang patut dihukum- kalaupun tidak menyebabkan kematian anaknya, tapi sikap dan tingkahnya yang bersekedudukan.Akibatnya skg ni dia hamil....Masya Allah.Bagi teman lelakinya tu, elok le di rejam sahaja!Aku harap pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam mestilah bertindak tegas dan dakwa si pesalah!Jangan le bertangguh lagi dalam melaksanakan hukum Allah...mungkinkah ada lagi NGOk..yang akan bersuara membela si pesalah!
Al Fatihah buat Adik Syafiyah Humairah.

Friday, February 26, 2010

Renungan : "Siapa Lebih Kuat...."

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :

”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Thursday, February 25, 2010

Mengenang Rasulullah SAW

Marilah kita sesama menghayati lagu nasyid nih..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Sekali lagi kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, Junjungan besar dan agung. Nabi terakhir yang telah menukarkan dunia ini dari zaman kegelapan kepada cahaya yang memberi rahmat keseluruh alam.

Kita sebagai ummah yang terbaik tidak sepatutnya hanya menyambut hari kelahiran baginda setakat itu sahaja tanpa menghayati kehidupan Rasulullah yang menjadi insan contoh yang terbaik.

Rasulullah SAW adalah role model yang perlu dicontohi dan jika menjadikan insan lain bukan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai role model maka ia tidak memenuhi pra syarat untuk mencakupi peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Ummah yang mutakhir ini menerima penghinaan seperti yang berlaku di Afghanistan dan baru-baru ini penaklukan kuasa unipolar dan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Iraq menunjukkan bahawa tanpa berpegang teguh kepada Tali Allah (Agama) dan ajaran serta panduan Rasulullah bumi umat Islam tidak akan selamat.

Mereka berpegang kepada tali yang lain dari tali Allah dan menjadikan ideologi asing ciptaan manusia sebagai pegangan perjuangan menyebabkan ummat Islam begitu mudah dikalahkan.

Rasulullah SAW tidak dijadikan sebagai pimpinan contoh yang perlu diikuti tetapi mengambil contoh role model yang lain dari Rasulullah menyebabkan umat Islam menerima musibah penghinaan yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.

Rasulullah membawa kemajuan, perpaduan dan pembangunan peradaban yang tinggi.

Peninggalan usaha baginda menjadikan Islam mentadbir 2/3 daripada muka bumi. Seandainya umat Islam terus menunjukkan kesungguhan yang sama tidak mustahil Islam akan diterima secara sukarela oleh segenap lapisan masyarakat di serata dunia.

Kalau ummah berpegang kepada ajaran Rasulullah tidak mungkin mereka akan berpecah dan tidak mungkin juga ada negara umat Islam yang boleh menjadi alat kuasa AS dan konco-konconya dengan menjadikan bumi mereka pengkalan untuk AS dan sekutunya melancarkan penaklukan.

Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita kembali ke pangkal jalan beristiqamah dengan tuntutan Islam dan tidak memilih jalan-jalan yang lain dari agama suci ini.

Saya menyeru kepada seluruh ummah kembali menjadikan Rasulullah sebagai sumber rujukan dalam perjuangan. Kepada ahli-ahli dan penyokong harakah Islamiyah saya mengajak supaya memantapkan iltizam meneruskan perjuangan di zaman penuh cabaran ini bagi merealisasikan matlamat perjuangan kita bersama.

Kita sewajarnya mencontohi perjuangan junjungan besar dan ummah menjadikan kita sebagai contoh warisan kepada kesinambungan perjuangan.

Wednesday, February 24, 2010

Cinta Lombok...

"Nasi lemak buah bidara, daun selasih saya lurutkan, Buang emak, buang saudara, kerana kasih saya turutkan..." tu dia punya mendalam maksud pantun warisan tuh..Tu dia aih..sanggup buang emak ngan saudara pasal cinta kasih sayang jer..Minggu nih semua paper asyik cite pasal kisah pompuan Malaysia yang "dilarikan" atau dlm bahasa lain "lari ikut jantan" ke Lombok.Tetiba je nama tempat LOMBOK nih jadi popular. Yang aku tau tempat nih bukannya le destinasi pelancongan atau percutian yang best atau tersenarai sbg tempat pelancongan popular tapi sekarang nama nya jadi sebutan. Mana taknya, popular pasal jadi tempat bebudak pompuan Malaysia "diperisterikan".entah le akupun tak faham ngan karenah bebudak zaman sekarang nih. Macam le kat sini dah tak de jantan-jantan macho yang bleh dijadikan laki.Bagi aku ini mungkin gak tamparan pada bebudak jantan Malaysia yang saham diorang mungkin dah merudum!
Bila ditanya bebudak pompuan yang "diselamatkan" itu,masing-masing menjawab menyesal dan rasa bersalah lari dari keluarga! Aik..tau lak. Yang ari tu korang bukan main menggatal ikut gi Lombok tu buat hapa! Ada gak yang mendakwa kononnya di"guna-gunakan".Sehingga kan tak leh berfikir ngan rasional. Power betul ayat mamat Indon tu kalu bleh wat cam tu.Ilmu hitam ni memang le keja setan,jadi si pengamalnya pun lebih kurang ngan setan gak....
Terbaru cite pasal artis pelakon remaja yang tak popular pun..tapi jadi popular pasal kes Lombok.Paling menyedihkan dalam usia 15 tahun, dia dah hamil.Aduhai dunia...apa lagi yang nak dikata perkara dah terjadi.Harap-harap "pernikahan" mereka tu sah le hendaknya.Nasib baik gak le mamat Indon tu jadikan isteri, kalau dijualnya lagi naya!Aku harap ada usaha untuk bawak mamat Indon tu pulak sebabnya dia suami dan bakal bapak bayi yg dikandung tu.
Aku pun tak tau kenapa aku sibuk nak cite pasal nih..Agaknya mungkin kes melarikan diri ke Lombok ni akan jadi fenomena baru remaja Malaysia.Sebagai peringatan, kepada remaja semua, berfikir dengan waras sebelum bertindak. Jangan le asyik memikirkan keseronokan yang sementara tetapi akibatnya amat buruk dan malang sekali.
Kepada para ibu bapa (termasuk aku..)berwaspadalah selalu dengan tingkah laku anak-anak kita. Paling utama dekati mereka, fahami masalah mereka dan sayangilah anak-anak anda! Jangan sesekali kita mengabaikan kebajikan mereka dan sentiasalah mengawasi siapa rakan-rakan mereka. Marilah kita semua berdoa memohon pada Allah semoga perkara ini tidak berlaku kepada keluarga kita khasnya dan kepada anak-anak saudara-saudara se Islam kita yang lainnya.

Sunday, February 21, 2010

Kes Sebat ...

Aku terpanggil untuk kongsi pandangan dengan korang semua .Baru-baru ni kecoh sekali lagi pasal kes sebat. Apa lagi tentu le pasal si Kartika yang akan disebat kerana kesalahannya tu.Yang menjadi persoalan di sini ialah, tuan punya badan tak kisahpun, tapi yang dok menyibuk yang tak kena sebat...aik pelik tu! Bukan setakat pelik tapi dah masuk bab "kurang ajar" sebab dah berani pertikai hukum Tuhan secara terang-terangan.Aku sedih gak bila ada kalangan orang Islam sendiri yang bersuara menyatakan hukuman tu kejam...MasyaAllah..hukum Allah depa kata kejam.Yang paling terkilan lagi ialah orang yang beriya-iya menentang dan mempertikaikan pelaksanaan hukuman ni adalah di kalangan mereka yang berpengaruh..pulak tu dia orang nipun agama Islam gak! Orang Islam sendiripun dah tak yakin dengan hukum Islam, apa nak jadi dunia ni? Maka itu timbul lak cadangan agar hukuman sebat ni perlu diberi penerangan kepada masyarakat umum kononnya supaya lebih faham.Soalannya kenapa bila nak laksana hukum sebat mengikut kaedah Islam perlu dibuat penerangan ? Bukankah lawak bunyinya....Selama hari ni hukuman sebat yang dijalankan tak de sesiapapun ambil tahu..Hatta tak de yang menentangpun. Kalau nak dibandingkan hukuman sebat sivil ni jauh lebih kejam! Kenapa tak de pihak minta supaya diadakan penerangan pelaksanaannya.Kenapa bila nak laksanakan hukum Islam mesti buat kajian le..tah hapa-hapa lagi. Kononnya untuk menjaga sensitiviti semua pihak...Bukankah kita ni negara Islam (seperti yang selalu dicanangkan),lagipun yang nak kena sebat tu pun orang Islam..malah si pesalah tu sendiripun dah rela..Jadi apa masalahnya?

Akibat dari ceteknya kefahaman tentang Islam, tu le jadinya. Orang kafir pun pening nengok gelagat kita agaknya. Diaorang tentu pelik kenapa hukum Islam ditentang oleh orang Islam sendiri!Pertubuhan NGO yang tak tau dan tak faham tentang Islam tak usah sibuk...korang tak layakpun nak masuk campur. Sesuai ngan nama pertubuhan korang NGOk....bongok!Kalau berterusan kita derhaka pada tuntutan Allah,tak mustahil satu hari nanti bala akan menimpa.Ingat le, Allah masih sayangkan kita biarpun kita selalu melupai Nya....Pada golongan penentang dan yang ada rasa tak puas hati dengan hukum Allah ni, aku nak doakan moga pintu hati korang terbuka untuk terima hidayah.
Secara peribadi, aku sokong seratus peratus hukuman sebat ke atas Kartika ni di teruskan. Lagi baik kalu buat siaran langsung tayang kat TV...macam rancangan realiti baru gempak. Hari-hari kita disogok dengan hiburan je apa salahnya sekali sekala diberi peringatan pulak...sekurang-kurangnya insaf juga bila nengok orang kena balun sebelum kita di balun kat lubang kubur nanti!..Apa-apapun aku nak doakan semoga orang yang nak kena sebat ni dan orang-orang yang bakal di sebat gak nanti moga tabah dan berserah le pada Allah.Sesungguhnya kalau korang dah mendapat hukuman di dunia ini,(dengan hukum Islam-hudud), insyaAllah kat sana nanti korang tak akan di hukum lagi (bagi dosa dan kesalahan berkenaan). Wallahua'lam

Thursday, February 18, 2010

Hikmah Allah mengharamkan daging babi

MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.

Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.

Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.
Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."

Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."
Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya.
Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.
Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit.
Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis?

Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan Nya..

Tuesday, February 16, 2010

Keajaiban Alam : Sungai Dalam Laut

Keajaiban ini telah ditemui oleh Mr Jacques Yves Costeau, seorg oceanografer dan ahli selam profesional Perancis untuk channel Discovery.Lokasinya di Cenote Angelita,Mexico.

"dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan);yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.." (Surah al Furqan :53)


Renungan: Solat dan 5 Jenis Manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.


Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Tuesday, February 9, 2010

Perjalanan Terakhir Adik Illiya...

Petang Ahad lalu, aku terima panggilan daripada seorang sahabat menyampaikan berita dukacita tentang kematian Illiya-anak salah seorang sahabat kami.Pinta sahabat itu agar aku dapat memanjangkan berita duka itu kpd rakan-rakan yang lain.Kebetulan seorang sahabat yang lain menghubungi aku untuk menziarahi sahabat yang kematian anak ini. Mengimbau kembali tentang anak ini, Illiya- aku serta rakan-rakan reunion yg lalu pernah menziarahi dan berbual dengannya.Aku juga pernah menulis tentangnya di dalam blog ini. Saat kami menatap wajah lesunya, hati sangat tersentuh. Apa lagi daya untuk menolongnya. Suaranya yang lemah menjawab setiap soalan kami, masih terngiang di telinga. Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Maka itu, tatkala mendapat berita tentang pemergiannya, hati aku juga terasa sayu.Malam itu, ketika menziarahi arwah, suasananya begitu hening dan hiba. Melihat tubuhnya yang kaku dan lesu.Namun mungkin juga inilah jalan terbaik buatnya daripada terus-terusan menderita menghidapi kanser tulang! Melihatkan keadaan lututnya yang semakin membengkak,dapatlah dirasakan betapa seksanya arwah menanggung kesakitannya! Allah sesungguh hanya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha pengampun.
Cuma sekadar menjadi cerita sesalan, menurut sahabat aku ini, setelah sekian lama memohon peruntukan bantuan untuk pembedahan, baru kini kira-kira 2 minggu yg lalu,bantuan tersebut diluluskan - sayangnya Illiya sudah tiada lagi! Baru sahaja kedua pasangan ibu bapa dan arwah sendiri bergembira mengetahui pembedahan itu akan dilakukan, tetapi Illiya pergi terlebih dahulu! Sesungguh nya Allah menguji hambanya kerana ingin meningkat darjat hambanya itu! Doa aku moga roh arwah akan dicucuri rahmat. Kepada kedua ibu bapanya, Fauzi dan Zarinah -kedua-duanya juga sahabat percayalah sesungguhnya kesetiaan dan kesungguhan kalian melayan Illiya semasa hayatnya pasti akan mendapat balasan setimpal di syurga nanti- Insya ALLah.
Jauh disudut hati, kesedihan kalian, kesedihan kami jua.Moga terustabah menghadapi dugaan Allah ini hendaknya....Al fatihah.

Wednesday, January 27, 2010

Kes Kepala Babi...

Perasaan kecewa, terkilan,marah, geram dan segala macam sumpah seranah bermain di kepala aku tatkala mendengar berita dua masjid di sekitar PJ di cemar dengan 4 kepala babi hutan. Siapa lah yang punya kerja? Kalu dapat kat aku, sure aku kerjakan...eee geram betul! Nampak gayanya mereka cuba membakar sentimen umat Islam. juga mungkin juga menimbulkan huru hara...ini semua kerja orang gila! Sudah lupakah kita tentang keharmonian dan kesejahteraan kaum yang kita nikmati sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia ini? atau inikah dia gagasan satu Malaysia?.
Memang biadap dan kurang ajar tindakan pelaku perkara ini. Cuma kita umat Islam seluruhnya aku cuma nak nasihatkan jangan le cepat melatah.Kalau ikutkan hati, mau saja bertindak balas. Tapi pada siapa dan untuk apa?....Kita umat Islam masih punya kewarasan dan akal yang dikurniakan Allah. Yakin dan percayalah, setiap apa yang berlaku itu tentulah ada hikmahnya.Sebenarnya inilah masa untuk kita umat Islam merapatkan saf...sesama bergandingan membela agama. Lupakanlah pasal fahaman politik yang sempit dan tak menguntungkan itu. Janganlah lagi terus bersengketa!
Berbalik kisah kepala babi tadi, marilah kita semua memanjatkan doa agar si pelakunya dapat dicekup! Aku sangat yakin si pelaku "mangkuk ayun" ni takkan terlepas. Kalau bleh kita gantung kepala babi tu kat tengkuk dia bawak ronda seluruh PJ....Itu jam baru dia tau, yang dia ngan babi tu sama taraf je...haahhaaaa. Harapan aku agar pihak polis dapat terus menyiasat dan mengesan si pelaku ni. jangan terus dibiarkan kerana perkatra begini boleh mencetuskan kekacauan dan pergaduhan antara kaum.Sementelah di kawasan PJ tu pun tak lama dulu pernah tercetus pergaduhan kaum...masih ingat! So kepada semua, aku nak ingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan jangan bertindak di luar batasan. Ingat agama Islam ni agama yang suci. tak pernah ajar buat perkara yang keji. Berserahlah pada Allah, insyaALLah bantuan dar NYA akan tiba! Takbir....

Saturday, January 23, 2010

Al fatihah: Bersemadinya Seorang Raja..

Alfatihah. Sembah takziah buat seluruh kerabat Johor. Begitulah akhirnya hidup ini. Allah telah menunaikan janjinya dan sesungguhnya tiada siapa akan terlepas daripada sakaratul maut. Ajal maut tidak mengenal darjat dan pangkat.yang pastinya, mati itu pasti datang menjemput kita. Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar sangat dirasakan. Semasa hayatnya aku kira baginda sangat dekat dengan rakyat. Seperti kata Tun Mahathir, sesetengah orang takut mendekati baginda kerana rupanya yang garang dan bengis, tapi sebenarnya baginda sangat baik hati dan mudah mesra.
Hari ini seluruh rakyat mengiringi perjalanan terakhir baginda untuk bertemu Illahi.Maka berpindahlah baginda dari alam yang fana ini ke alam baqa yang kekal abadi.Menyoroti bacaan talkin yang dibaca semasa pemakaman tadi, benarlah segala janji Allah. Tiada bekalan yang lebih bermakna dan tiada siapa lagi yang dapat membantu melainkan amalan diri sendiri. Sebagai hamba rakyat, hanya iringan doa yang aku panjatkan buat almarhum moga dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah hendaknya.Moga jua roh almarhum akan ditempatkan dikalangan para solihin.....Amin.

Ular Paling Bisa....Biso Bona

Friday, January 22, 2010

Renungan : "Mungkinkah Kita Teman Si Iblis ?"

"Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Rujukan kisah 1001 Teladan"

Wednesday, January 20, 2010

Meh Belajo Magic...

Meh kita relaxkan minda dan santai...leh gak kelentong bebudak bila waktu lapang!


Coin Vanish Magic Trick Tutorial - The most popular videos are here

Tuesday, January 19, 2010

Bomoh Alaf Baru...

Salam tuk sume..lama gak aku tak update blog nih maklum le busy skit awal-awal persekolahan nih. Anyway skang aku nak share ngan korang pendedahan eksklusif nih. Kepada sesapa yg suka gi ber bomoh tu..."Lu pikir la sendri"! Meh saksikan....
Caya ke tak terpulang le kat korang..

Tuesday, January 12, 2010

Kiblat Tersasar dari Kaabah

Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

Sudah semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.



Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar. Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan. Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.”

“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.

Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati

Monday, January 11, 2010

Pertahan Kalimah Allah- Dato' Dr Harun Din

Peringatan Untuk Peminat Kopi Old Town Kopitiam

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)
cid:_2_07A4717C07A46E98002D559F48257625
Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages

Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ‘Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup’. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang.. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya – bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ ‘JAIPK’ pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM’ walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

DI PERAK SIJIL HALAL UNTUK MINUMAN SAJA DI RANGKAIAN
KOPITIAM INI

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
2.. NEWTOWN Kopitam
3. WHITE HOUSE Kopitam
4. PAK HAINAN Kopitiam
5. JOM BALI Kopitiam

adalah ‘TIDAK HALAL’.

Wallahualam…

Sumber: Email | www.oldtown. com.my | OWC Halal atau Tidak

Renungan : Iman Tidak Diwarisi

IMAN tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari. Iman harus dilalui. Iman mesti bersaksi. Iman adalah kehidupan dan perjalanan mengenal diri untuk mengenal Tuhan.

Jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman dan perasaan akan menikmati syurga akhirnya, malah yang paling celaka adalah tidak takut akan seksa neraka.

Allah menyuruh kita meminta hanya pada DIA. Jangan berasa malu untuk berharap dari DIA walau diri dikelilingi dengan dosa dan noda.

Sebaik-baik meminta kepada Allah adalah hidayah (diri, keluarga dan keturunan) keampunan, dipermudahkan rezeki serta mati dalam iman.

Pesan orang arifbillah, ruangkan masa sehari semalam dalam seminggu bagi beriqtikaf di masjid kerana itu adalah pembuka kepada pelajaran iman dan ilmu yang pertama.

Saturday, January 2, 2010

Isu Kalimah ALLAH

Hati umat Islam rasa bagai disayat bila mahkamah memutuskan majalah Herald Katolik boleh gunakan kalimah ALLAH.Aku terpanggil untuk menyentuh isu ini..apa dah jadi ? Inikah negara Islam yang kita laung-laungkan dan banggakan...Di mana pemimpin-pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam? Kenapa senyap beruk? Soalnya mengapa sewenang-wenangnya mereka boleh mempersendakan agama suci kita ini.Apa motif golongan keparat ini yang beriya-iya benar mahu menggunakan kalimah ALLAH untuk golongan kristian katholik kafir ini.Mengapa baru sekarang kalimah ALLAH itu mahu dipergunakan? Jika benarlah mereka mengakui ALLAH itu tuhan untuk semua, mengapa mereka tidak beriman dengan Nya. Bukankah ini membuktikan mereka punya agenda tersembunyi yang pastinya untuk memesongkan umat Islam yang sudah semakin lesu sekarang.Aku sangat bersetuju dengan saranan dan permintaan presiden PPIM yang memohon ke bawah duli sultan dan raja-raja Melayu agar campurtangan dalam isu ini.Sementelah ke bawah duli tuanku, merupakan ketua agama negara ini dan menjadi lambang kedaulatan Islam, maka wajarlah titah daripada tuanku untuk menutup isu ini. Kesucian agama Islam ini mesti kita pertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Ketepikan fahaman politik, ayuhlah bersatu wahai saudara se Islam ku! Ayuh kita bangkit dan tunjukkan keberanian dan kekuatan kita. Berjihad!Aku rasa sedih bila ada jugak dikalangan umat Islam yang tidak sensitif dengan perkara ini. Cukup-cukuplah umat Islam dihina diserata dunia...mana mungkin kita boleh membiarkan ianya di hina di negara Islam sendiri.Golongan-golongan kafir ini selalu menunding jari mengatakan Islam itu terrorist. Jadi aku rasa, tidak keterlaluan kali ini apa salahnya jika kita bertindak ala terrorist! Biar golongan kafir ini tahu. Hari ini mereka gunakan kalimah ALLAH, mungkin esok lusa mereka akan gunakan mahkamah lagi untuk menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini! Tak mustahil bukan? Melalui ruangan ini aku nak menyeru semua saudara-saudara se Islamku, ayuhlah bersatu.Janganlah asyik berpolitik.Lebih malang lagi remaja-remaja Islam sendiri bagai sudah kehilangan jati diri muslimnya kerana terlalu ditamu dengan hiburan jahanam!Kepada pemimpin-pemimpin yang aku sentiasa sanjung, gunakanlah kuasa anda sebaiknya dan berdirilah dengan berani mempertahankan kesucian agama Islam. Janganlah setiap kali hanya bersabar dan terlalu berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan kononnya untuk menjaga hati dan perasaan agama-agama lain! Adakah mereka pernah memikir untuk menjaga hati dan perasaan kita umat Islam? Tepuk dada tanyalah iman...