Saturday, January 23, 2010

Al fatihah: Bersemadinya Seorang Raja..

Alfatihah. Sembah takziah buat seluruh kerabat Johor. Begitulah akhirnya hidup ini. Allah telah menunaikan janjinya dan sesungguhnya tiada siapa akan terlepas daripada sakaratul maut. Ajal maut tidak mengenal darjat dan pangkat.yang pastinya, mati itu pasti datang menjemput kita. Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar sangat dirasakan. Semasa hayatnya aku kira baginda sangat dekat dengan rakyat. Seperti kata Tun Mahathir, sesetengah orang takut mendekati baginda kerana rupanya yang garang dan bengis, tapi sebenarnya baginda sangat baik hati dan mudah mesra.
Hari ini seluruh rakyat mengiringi perjalanan terakhir baginda untuk bertemu Illahi.Maka berpindahlah baginda dari alam yang fana ini ke alam baqa yang kekal abadi.Menyoroti bacaan talkin yang dibaca semasa pemakaman tadi, benarlah segala janji Allah. Tiada bekalan yang lebih bermakna dan tiada siapa lagi yang dapat membantu melainkan amalan diri sendiri. Sebagai hamba rakyat, hanya iringan doa yang aku panjatkan buat almarhum moga dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah hendaknya.Moga jua roh almarhum akan ditempatkan dikalangan para solihin.....Amin.

No comments:

Post a Comment