Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah

Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat tahun baru Hijrah. Aku caya mungkin ramai yg tak tau sok lusa kita nak menyambut tahun baru hijrah. orang ramai lebih senang dan lebih teruja nak menyambut tahun baru masehi...macam-macam aktiviti dan promosi dibuat untuk menyambut tahun baru. Tapi tak de apa-apa promosipun yg dibuat untuk tahun baru hijrah..Aku rasa ada baiknya pihak media mengwar-warkan tentang tahun baru hijrah ni.Peranan dan tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak agar dioarang lebih memahami tentang kehebatan dan keagungan Islam. Ramai orang bercakap skang menyalahkan generasi muda mudi kononnya tak beradab dan tak ambil berat pasal agama, soalnya adakah kita juga memainkan peranan mendidik dan menunjuk ajar mereka ni? Aku bukanlah nak menyalahkan atau menyokong bebudak muda yg macam tak de arah ni...tapi dari pengamatan aku semua pihak mesti memainkan peranan dalam mendaulatkan keagungan agama Islam yg suci ini.Jangankan nak celebrate tahun hijrah malah mungkin ada di antara kita yg nama bulan Islam pun tak hafal! tak mustahil le kalau kita sendiripun tak berapa nak hafal...bebudak anak-anak kitapun apa lagi. So jgn salahkan bebudak dan letak tanggungjawab penuh kat Ustaz atau ustazah je. So bersempena tahun baru ni aku nak share ngan korang sume ...bukannya aku ni pandai sgt tapi rasa tak salah kalau nak share at least dpt buat modal dakwah sikitpun jadile..Mulai petang esok jgn lupa membaca doa hujung tahun dan awal tahun. Moga-moga di tahun mendatang ini kita semua akan dirahmati dan diberkati Allah...insyaAllah. Mungkin juga tahun depan ni nama kita "naik" utk bertemu Allah..siapa tahu? Anyway Selamat Menyambut Maal Hijrah.

No comments:

Post a Comment