Thursday, December 17, 2009

Pengakuan Ikhlas Seorag Bekas Kristian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum anda menonton sebuah video sebentar lagi, saya ingin membawa anda merenungkan sedikit apa yang terlintas di fikiran saya secara spontan mengenai Islam. Dan betapa sucinya agama ini. Saya percaya website ini di baca oleh anda yang bukan beragama Islam, jadi renung-renungkan lah.

1. Kita amat susah untuk melihat penganut agama Islam menghina agama lain. Tetapi agama Islam amat mudah untuk kita lihat dihina oleh agama lain. Pasti ada sesuatu yang tidak kita ketahui mengapa non-islam ni sakit hati sangat dengan Islam.

2. Kebanyakkan anda yang bukan beragama Islam, banyak membaca mengenai keburukkan Islam di Internet atau buku. Anda sendiri tidak cuba mencari kebenaran mengenai agama ini. Cuba rungkai apa yang terisi di dalam al-Quran dan keluarkan walau satu patah ayat pun yang silap. Saya cabar!

3. Alhamdulillah, saya dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Orang kata Islam turun-temurun bermula dari nenek moyang kita dulu. Jika anda seorang kristian, anda tidak pernah bersalah sebenarnya kerana anda juga kristian turun-temurun. Jadi bila anda dah besar, gunalah akan fikiran melihat mana yang baik. Jangan jadi buta.

4. Jangan melihat dari sesetengah sikap orang Islam yang tidak betul untuk anda compare’kan Islam dengan mana-mana agama. Di mana mereka hanya berdiri atas nama Islam tetapi tidak benar-benar mengikuti akan agamanya. Carilah mereka yang benar-benar layak.

5. Kewujudan Allah telah banyak terbukti. Bukti akan kewujudanNya kalau search sendiri di Youtube, begitu banyak sekali. Satu artikel di Oh! Islam ini juga mengenai ayat Quran di badan bayi, masih tidak cukup? Di manakah bukti kewujudan agama lain? Sampai mati tidak akan jumpa. Percayalah.

Buka minda, tenangkan hati, sucikan jiwa dan ikuti video berikut.



Sumber :http://Ohislam.com Video dari Nur Akma. Syukran!

No comments:

Post a Comment