Thursday, December 17, 2009

Bolasepak VS Maal Hijrah!


Pasukan Bolasepak Malaysia meraikan kejayaan merangkul pingat emas Sukan Sea
Berderai sorak jiran-jiran aku sampai bergegar umah aku bila pasukan Malaysia dapat gol...aku tak dpt menyaksikan gol tersebut walaupun pada awalnya aku dok ngadap tv.Seronok sungguh bunyinya diorang semua..akupun turut gembira gak. Maklum le dah lama kita tak dapat pingat emas dlm bolasepak. Apatah lagi dengan mutu bolasepak kita yg kena kritik dan hentam habis-habisan pasal prestasinya,hari ni ternyata pasukan kita dah bangkit.Tahniah buat semua pemain, jurulatih, pegawai-pegawai dan semua yang terlibat. Tak lupa gak kpd para pengkritik bertauliah dan pengkritik kedai kopi pasal tanpa kritikan mungkin bolasepak kita dah hanyut tah ke mana.Harus diingat, kemenangan ni bukan le ukuran sebenar kekuatan pasukan negara kita. Jangan memuji sangat takut-takut esok lusa merudum balik...Cerita pasal game petang tadi, aku gerenti ramai yg cemas. Tak kurang gak yang turut berdoa supaya team kita menang! Bagus le tu...tapi aku percaya pasal menonton game tu ramai yg terlepas waktu untuk berdoa sempena Maal Hijrah. Lagi baik kita baca doa akhir tahun dan lepas maghrib doa awal tahun...sayang jugak ramai yg terlepas peluang tu.Aku rasa peluang tu lebih berharga daripada pingat emas sukan sea tu...Entah le, aku sekadar nak menyampaikan je. Lagipun blog ni untuk aku lafazkan pandangan aku je. Oleh kerana terlalu asyik bergembira, kita terlupa pada tanggungjawab terhadap Allah...Aku bukannya alim sangat tapi sekadar nak share ngan korang je.

No comments:

Post a Comment