Tuesday, September 8, 2009

Selamat Menduduki UPSR

Hari ni peperiksaan UPSR bermula... anak aku pun turut mendudukinya tahun ni. Tak de apa lagi yang dapat dilakukan melainkan memanjatkan setinggi doa pada yang Esa. Aku ngan isteri dah usahakan, sekarang terpulang le pada kebijaksanaan mereka. Sebagai parent, memang le kita nak kan kejayaan yang cemerlang. Dalam masa yang sama aku dah naik simpati nengok anak aku study...sampaikan hari tu terpaksa bawak gi klinik pasal sakit kepala dan pening- kata doktor anak aku stress, so aku pun dah tak nak force lagi....Aku percaya dengan kemampuan dia.. Cerita tentang peksa ni, macam-macam sms pasal soalan bocor. Aku pun tak tau cam ne soalan boleh bocor. Nak kata tak caya, tahun-tahun sebelum ni memang betul pun..Hai entah le. Sebagai jalan selamat, semua sms yang diterima tu, isteri bagi tips sepintas lalu je la. Kalu keluar ok tak keluarpun tak kisah. Lagipun sms ni bukannya leh caya sangat. Yang kaya tentulah company tepon DiGi, Maxis,Celcom dll.
Memandangkan peperiksaan tahun ni berlangsung semasa wabak H1N1 tengah melanda ni, semua calon dibekalkan ngan topeng mulut. Kelakar gak tengok semua bebudak pakai mask masa peksa. Macam peksa agen rahsia la plak.... Apa-apapun demi kesihatan, tak kisah le. Cuma bagi calon yang rasa tak selesa tak yah le pakai takut-takut hilang konsentrasi lak..Last but not least, semoga semua calon UPSR hari ni akan mencipta sejarah dengan pencapaian paling cemerlang, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment