Thursday, September 10, 2009

Duit Raya...

Semalam kerajaan mengumumkan untuk memberi bayaran khas sempena raya untuk kakitangan sokongan. Walaupun aku tak layak dapat, tapi aku nak ucapkan terima kasih dan memanjatkan kesyukuran. Pun begitu, ada gak suara-suara sumbang yang mempertikaikannya...Harus diingat mungkin bagi sesetengah orang nilainya ciput.. tapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan banyak tanggungan ianya mungkin membantu. Walaupun jumlahnya tak sebanyak mana, tapi aku rasa ianya memadailah... sekurang-kurangnya kerajaan prihatin gak. Kepada sesiapa yang rasa jumlahnya ciput, aku suka nak cadangkan supaya jangan terima..habis cite.Sebagai kakitangan awam sepatutnya bersyukurlah dengan rezeki ini. Amalkan dapat sikit, belanja sikit. Memang begitulah sifat alami manusia, tak pernah rasa cukup dengan apa jua perkara..biasalah tu. Anyway, aku tetap nak ucap selamat berbelanja dengan berhemah sempena raya ni..Ingat le wang bukan lah penentu segalanya, yang penting keberkatan. Insya Allah selagi kita bersyukur Allah akan tambahkan nikmatnya..Tu lah yang kita nak.

No comments:

Post a Comment