Tuesday, September 1, 2009

Gangguan Solat

Salam ramadhan utk semua, sedar tak sedar kita dah menghampiri pertengahan ramadhan. Cepatnya masa berlalu... Aku suka nak mengingatkan diri aku ngan korang semua, rebut le peluang "special offer" yang Allah tawarkan sempena ramadhan nih. Jangan le disia-siakan. Mana tau mungkin ni ramadhan yang terakhir buat kita.... aku tersentuh bila tengok sorang tua yang dah bongkok dan bertongkatpun terhincut-hincut datang masjid utk solat terawih....Cuma aku tak berapa selesa bila bebudak buat bising waktu solat. Ni pun satu hal jugak, pada ibu bapak yang bawak anak kecik ke masjid tu tolong le kawal anak masing-masing. Bawak anak ke masjid tu memang bagus, tapi yang tak bagusnya bila anak-anak ni ditinggalkan di saf belakang, terkebil-kebil le budak tu. Kononnya nak ajar solat, tapi bapak solat saf depan. Bebudak ni bila jumpa kekawan sebaya, mula le berlari-lari, menjerit-jerit, dan ada gak yang nangis... Secara tak langsung menganggu solat para makmun yang lain...dalam perkara ni semua makmun kena main peranan, yang patut tegur, tegur le jangan dibiarkan... Harap-harap tanpa gangguan boleh le khusyuk waktu solat nanti...

2 comments:

  1. anak org tu jantan... anak mike pompuan lain laaa...
    try jantan tengok!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa,dan Selamat Menyambut Hari Raya...Maaf Zahir Batin dari kami Sekeluarga...
    Khairul & Siti serta kelima anaknda... along/angah/iwan/ijoi/am

    ReplyDelete